ads

Khamis, 2 Februari 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


GoMalaysian: Kebangkitan Barisan Pembangkang <b>Di Negeri Sabah</b>

Posted: 04 Jan 2012 11:00 PM PST

Lagi barisan pembangkang muncul di Sabah?

Alan Ting | 12:19PM Jan 5, 12

Pelancaran parti STAR Sabah Jumaat lepas mungkin tidak disedari banyak pihak jika tidak kerana kenyataan yang dikeluarkan sekretariatnya pada petang Selasa.
    
Bagaimanapun, perkara yang paling menarik perhatian ramai ialah apabila kenyataan itu menyebut bahawa majlis pelancaran itu akan turut dihadiri Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang diketahui ramai sedang giat berusaha untuk membentuk barisan pembangkang yang dianggotai parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk menghadapi pilihan raya umum.

Selain kumpulan pendesak yang beliau ketuai, dikenali UBF, setakat ini, Jeffrey telah berjaya menarik Parti Maju Sabah (SAPP) dan sebuah lagi parti yang belum didaftarkan iaitu Usno Baru, untuk menyertai gabungan itu yang dinamakan Perikatan Borneo.
    
Terkini, gabungan itu dikatakan akan mendapat anggota baru, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang ditubuhkan di Sarawak.
    
Penganalisis politik dan orang dalam parti itu berkata Jeffrey, yang juga bekas naib presiden PKR, cuba mendaftarkan UBF sebagai parti politik tahun lepas tetapi tidak berhasil.
    
Mungkin itulah sebabnya STAR bersetuju melebarkan sayapnya ke Sabah walaupun parti itu tidak aktif sejak sekian lama.
    
Ada pihak berkata parti itu bersetuju menjadikan Jeffrey sebagai pemimpin utamanya di Sabah, dan selepas itu menarik parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk pakatan dikenali sebagai "Perikatan Borneo Bersatu (UBA).
    
Pengulas politik percaya Jeffrey menjadikan UBF sebagai alat untuk membolehkannya diterima oleh STAR dan seterusnya menjadi pemimpin parti itu.
    
Bagaimanapun, penganalaisis politik berkata pembentukan sebuah lagi parti gabungan pelbagai etnik di Sabah, khususnya dalam kalangan parti pembangkang, akan hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu berikutan kecenderungan penggerak utama masing-masing untuk mengubah sokongan atau menubuhkan parti baru setiap kali menjelang pilihan raya.
    
Mereka akan bercakaran sesama sendiri, kata Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
    
"Mereka tak akan ada peluang untuk menang. Ini samalah dengan perpecahan yang berlaku dalam gabungan parti pembangkang sebelum ini. Pembangkang akan mengalami masalah besar apabila mereka berpecah," katanya.
    
Beliau berkata malah, banyak pihak percaya pembentukan pakatan pembangkang Borneo itu lebih merupakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan STAR-UBF memberi tumpuan untuk menarik undi masyarakat pribumi Sabah (Kadazan, Dusun dan Murut), manakala SAPP (Cina) dan Usno pula, melalui kerjasama mereka dengan SPF, berharap akan dapat meraih undi Bumiputera Islam.
    
Bagaimanapun, harapan itu sebenarnya tidak mudah dicapai seperti yang mereka impikan.
    
"Halangan terbesar ialah perbezaan yang wujud antara penduduk Sabah dan Sarawak. Dari segi budaya, mereka mungkin ada persamaan, tapi dalam kehidupan sosial, mereka berbeza. Keadaan politik juga amat berbeza antara kedua-dua negeri itu serta rakyatnya," katanya.
    
Sebelum ini, banyak pihak membuat spekulasi bahawa Jeffrey akan mengumumkan secara rasmi rancangan politiknya pada pertengahan bulan lepas iaitu semasa berlangsungnya perhimpunan sempena ulang tahun pertama penubuhan UBF di Kota Kinabalu. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku.
    
Beberapa pengulas politik berkata kehadiran presiden STAR Dr Dripin Sakoi, timbalan presiden SAPP Amde Sidek dan ketua sebuah kumpulan yang cuba menghidupkan kembali Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Datu Badaruddin Tun Mustapha di perhimpunan itu, membayangkan bahawa Jeffrey sudah hampir mencapai hasratnya untuk menubuhkan UBA.
    
Amde dilaporkan berkata mereka belum membuat keputusan tentang siapa yang akan menerajui pakatan itu walaupun mengakui isu itu adalah antara perkara yang perlu diselesaikan.
    
Setakat ini, jawatan yang akan disandang Jeffrey dalam UBA sekiranya penubuhannya menjadi kenyataan masih menjadi teka-teki memandangkan beliau bukan presiden mana-mana parti politik, manakala UBF pimpinannya pula hanya merupakan sebuah badan bukan kerajaan.
    
Dr Bilcher Bala berpendapat penubuhan sebuah barisan pembangkang yang dianggotai parti berasal dari Sarawak dan Sabah sukar berfungsi dengn baik kerana pandangan dan objektif masing-masing memang berbeza.
    
"Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kewujudan tiga dunia yang tidak pernah serupa -- Semenanjung, Sabah dan Sarawak," kata beliau.

- Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis Perjumpaan Dato&#39; Lee Chee Leong Bersama Wakil Politik <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 12:46 PM PST

Dato' Lee Chee Leong telah berjumpa dengan 12 buah parti politik Sabah bertempat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah pada 17 Januari 2012. Parti-parti ini diwakili oleh presiden dan timbalan presiden masing- masing dan ia merupakan parti baru yang masih belum diluluskan pendaftaran oleh pihak JPPM. 

Forum ringkas ini memberi peluang parti-parti untuk bercerita terus kepada Dato' Lee Chee Leong latar belakang parti mereka iaitu perjuangan dan asas penubuhan parti di samping menceritakn masalah pendaftaran parti mereka yang masih belum diluluskan sehingga kini.

Semua parti ini hanya menginginkan kelulusan atas permohonan parti mereka dan ianya sesuatu yang amat dinanti-nantikan untuk membolehkan mereka memperjuangkan apa yang mereka rancangkan.


, Full content generated by Get Full RSS.

SEJARAH 32 TAHUN LALU AKAN BERULANG <b>DI</b> MASJID <b>NEGERI</b> <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 08:37 PM PST

Buat sekian kalinya Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1433/2012 akan di adakan di Perkarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Beberapa sahabat bercerita, perhimpunan pada tahun ini merupakan sejarah  kerana perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul seumpama ini pernah diadakan di tempat sama buat pertama kalinya pada tahun 1980-an lagi.

Maksudnya, perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah ulangan kepada perhimpunan di lokasi sama setelah  32 tahun berlalu.

Alhamdulillah, persiapan diperingkat akhir sedang giat dilakukan bagi menyambut kehadiran seramai 9000-10,000 umat Islam yang akan berarak dari Padang Bandaraya ke Perkarangan Masjid Negeri Sabah.

Setakat ini juga, saya difahamkan sebanyak 90 kontinjen telah menyertai perarakan dengan jumlah penyertaan orang ramai mengjangkau hampir 9000 orang.

Kepada muslimin dan muslimat yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu malah di seluruh Sabah adalah dijemput agar sama-sama meemriahkan lagi sambutan kali ini.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved