10 di tuaran - Google Blog Search |
- sabahkini.net: AMANAH SEMAKIN MANTAP <b>DI TUARAN</b>
- Rumah Terbalik (The Upside Down House in Borneo) <b>Di</b> Sabah | my <b>...</b>
- Kelapa Mawar: LAGI AHLI UMNO KELUAR PARTI <b>DI TUARAN</b> <b>...</b>
sabahkini.net: AMANAH SEMAKIN MANTAP <b>DI TUARAN</b> Posted: 02 Jan 2012 09:39 AM PST Oleh: KREW SABAHKINI.NET ANGKATAN Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah diluluskan pendaftarannya pada pertengahan tahun lalu akan berperanan menjadi satu organisasi yang berupaya melonjakkan kedudukan sosio ekonomi keseluruhan rakyat agar dapat mengecapi kehidupan yang benar-benar maju, adil, saksama dan progersif, di samping memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan terutama dalam konteks pembangunan negara. Selain itu AMANAH akan mendokong teguh kemuliaan institusi perpaduan dan nilai-nilai murni secara kolektif terikat kukuh sebagai ahli keluarga besar yang jati serta ikhlas sejajar dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa hadapan bersama keseluruhan rakyat pelbagai kaum. Ketua Penerangan Majlis AMANAH Kawasan P170 Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul menyatakan demikian ketika memberitahu bahawa sambutan yang amat menggalakkan telah diterima dari masyarakat pelbagai kaum di daerah ini untuk menjadi ahli AMANAH di tiga ranting iaitu di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman, Tamparuli dan Kiulu. Beliau juga menyatakan perjuangan AMANAH adalah untuk menyampaikan suara hati nurani rakyat agar didengari oleh pimpinan kerajaan khususnya yang mencakupi permasalahan dan pembelaan terhadap rakyat tempatan agar pelbagai sumbangan yang sewajarnya dapat diterima selaras untuk meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh rakyat, berasaskan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan seimbang selaras dengan perlembangaan negara dan di bawah suatu sistem kewangan negara yang stabil. Dalam pada itu katanya, baru-baru ini telah diadakan satu mesyuarat pembentukan Majlis bagi kawasannya di Parlimen Tuaran yang memilih dengan sebulat suara Mantan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow sebagai Pengerusi. Sementara itu, Tiga Timbalan Pengerusi telah dipilih yang terdiri daripada Mantan Timbalan Menteri Buruh Malaysia; Datuk Kalakau Untol, Pemimpin Masyarakat China Tuaran; Farncis Soon dan seorang Pemimpin Masyarakat Bajau; Haji Jamling Haji Ghani. Manakala Naib-naib Pengerusi yang terpilih terdiri daripada Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan Tuaran Mohd Fairuz Bandar yang juga Bekas Setiausaha Sulit Menteri Kerajaan Tempatan Sabah; Bekas Pemimpin PBS Tamparuli David Chua Kim Leong; Pemimpin UPKO Kawasan Tamparuli Ramlee Mat; Pemimpin Wanita di Tamparuli Juis Jikah; dan Anak Bekas Menteri KeHakiman Malayisa Datuk Dr.James Ongkili DR Jimmy Ongkili. Jawatan Setiausaha pula telah diamanahkan kepada seorang pemimpin masyarakat tempatan Irose Leecyous Jani dan Bendahari disandang oleh seorang pemimpin Masyarakat China Tamparuli Tan Ah Pang. Manakala Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Majlis AMANAH bagi Kawasan P170 Tuaran telah dipilih terdiri daripada Yusof Gindara, Francis Lamun, Nasir Samie, Jatim Giaron, Sidin Olin, Gaibin Ransoi, Dusin Gingging, A.Dullah Londow, Lakuman Gisob, Julian Sugara, Balanting Erom, Taib Mondoni, Christine Alan Inding, Agustine Lai dan Deraman Dermat. Sehubungan itu, kata Haji Awang Puasa, AMANAH yang mempunyai misi perjuangan untuk menghidupkan kembali sumpahjajnji dan idealisma pengasas-pengasas kemerdekaan yang menginginkan agar seluruh rakyat Malaysia termasuk di daerah ini akan hidup sebagai satu bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan sejahtera. "AMANAH yang dipimpin oleh Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Kawasan Gua Musang, Kelantan bagi peringkat negara dan di peringkat pimpinan Negeri Sabah diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing telah juga melantik Mantan Ketua Penerangan UMNO Tuaran; Haji Ghulabdin Enjih sebagai Pengerusi Majlis Ranting AMANAH di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman. "Sejajar dengan perjuangan yang termaktub dalam perlembagaan AMANAH ia akan juga memastikan institusi-institusi negara mendukung dan menghormati kedaulatan undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, hak serta nilai-nilai sejagat," kata Haji Awang Puasa yang juga Mantan Presiden Kesatuan Sekerja PETRONAS Negeri Sabah. Dengan penubuhan AMANAH di Kawasan P170 Tuaran, kata Haji Awang, adalah diharapkan akan lebih ramai masyarakat tempatan akan memberikan sokongan dan masuk untuk menjadi Ahli agar perjuangan untuk menyuara dan mengetengahkan pelbegai permasalahan mereka akan dapat dijayakan dengan lebih teratur dan tertib. Full content generated by Get Full RSS. |
Rumah Terbalik (The Upside Down House in Borneo) <b>Di</b> Sabah | my <b>...</b> Posted: 30 Jan 2012 12:19 AM PST
PELIK TAPI BENAR – Rumah Terbalik (The Upside Down House in Borneo) ini terletak di Kampung Telibong, Jalan Tuaran (berhampiran stesen minyak Shell) merupakan tarikan baru pelancongan di Sabah. Menurut kenyataan dari laman Facebook Rumah Terbalik, pembukaan rasmi untuk orang awam akan berlangsung pada 1 Februari 2012 nanti. Menurut dari Facebook mereka juga, bayaran masuk adalah seperti berikut;
Info lanjut akan ditambah dari masa ke semasa. Kredit Gambar: Facebook Rumah Terbalik |
Kelapa Mawar: LAGI AHLI UMNO KELUAR PARTI <b>DI TUARAN</b> <b>...</b> Posted: 23 Jan 2012 06:32 PM PST Berita terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah. Borang kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah. Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis selain Sarawak. Ini kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib Altantuya yang menguasai kerajaan persekutuan. Semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal. Anwar berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya, Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang. Turut hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Christina Liew, Halik Zaman, pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru ditubuhkan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan