10 di tenom - Google Blog Search |
- sabahkini.net: 'THE SILENT NIGHT' BERGEMA <b>DI TENOM</b>
- <b>Di</b> sebalik Banjaran Crocker, ada <b>Tenom</b> « apaipictures | wedding <b>...</b>
- <b>Di Tenom</b> Saja Ada (Part 1)
sabahkini.net: 'THE SILENT NIGHT' BERGEMA <b>DI TENOM</b> Posted: 26 Dec 2011 09:47 PM PST Oleh: MEDIA MGGKT PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Tenom Datuk Rubin Balang berpeluang bersama kira-kira hampir seribu orang kebanyakannya penganut Kristian turut serta menggema Dewan Seri Antenom dengan lagu-lagu Krismas sempena majlis 'Kasih Krismas' anjuran Majlis Gereja-Gereja Kristian Tenom (MGGKT) pada Isnin. Majlis tersebut yang dimulakan tepat jam 7 malam iaitu sebaik sahaja Datuk Rubin tiba, beliau telah disambut oleh Pengerusi MGGKT Rev. James Yap dan diiringi para Paderi, Pastor dan Kategist yang menjemput beliau (Rubin) masuk ke ruang Dewan untuk memulakan majlis. Rubin yang juga merupakan Adun Kemabong dan Pengerusi LPPB turut menghayati kelahiran Yesus Kristus yang jatuh pada Disember 25, dengan memegang lilin serta menyanyikan lagu 'The Silent Night' bersama-sama dengan umat Kristian sejurus selepas lampu di ruang dewan itu dipadamkan seketika. LANCAR……Rubin bersama Rev.James Yap (kiri) dan beberapa Padri, Pastor dan Kathegist berada di pentas melancarkan malam Krismas. MASUK….. Rubin diiringi Rev, James Yap memasuki ruang dewan untuk memulakan majlis itu. Acara kemuncak pada malam itu merupakan persembahan lagu-lagu Krismas daripada Kumpulan Koir Gereja Sidang Injil Borneo (SIB), Gereja Calvary Charismatic Christian (CCC), Gereja Basel Christian Malaysia (BCCM) dan Gereja Roman Catholic Christian (RC). Selain pembacaan Kitab-Kitab dan Khutbah, satu persembahan drama yang mengisahkan seorang beliawanis yang terjerumus dengan ajaran sesat yang disifatkan para penonton sebagai amat menarik kerana berbentuk nasihat dan kesedaran kepada golongan generasi muda. Full content generated by Get Full RSS. |
<b>Di</b> sebalik Banjaran Crocker, ada <b>Tenom</b> « apaipictures | wedding <b>...</b> Posted: 22 Jan 2012 07:12 AM PST Salam ..jumpa lagi, Macam dh janji kat entri lepas, nak cerita pasal trip ke Tenom Sabah pulak kan. Kira sehari lepas balik dari Kuala Selangor, saya dan Ayangku terbang ke Negeri Di Bawah Bayu pulak..25hb December iaitu cuti Krismas. 2 entri sebelum ni kan cerita pasal wedding di Tenom, Sabah..kira saya bwk Ayangku teman buat kerja la..sambil menyelam minum air..hehe. Trip kali ni disertai rakan photographer dari Kluang, Bob dan Bob naik flight dari Senai. Patut kitaorg jumpa kat airport KK je tapi sebab kami sampai awal dan tak sanggup nk tunggu kat airport KK (T2) lama-lama.. jadi bergeraklah kami ke shopping mall terbesar di Kota Kinabalu..1 Borneo. Jalan-jalan dan makan2 sementara tunggu Bob sampai dan nak dijadikan cerita, boleh pulak terserempak kawan Ayangku, Hatta dan Watie. Pasangan suami isteri ni dulu coursemate ayangku masa kat UM dan diaorg skg bertugas di Hospital Keningau. Keningau ke Kota Kinabalu ni ambik masa 2 jam perjalanan dan mereka datang sebab takde nak buat ape kat sana masa cuti Krismas.. gagah betul la Bila Bob dah sampai, saya call Mira dan diaorg datang jemput di 1Borneo. Mira datang naik 'bas' sebab nak jemput lagi 2 orang kawan dari Sarawak. Jadi kami pun gerak ke airport KK (T1) untuk pickup kawan Mira ni dan terus sambung perjalanan. Ade 2 jalan kalau nak ke Tenom ni..satu kira jalan dalam yg amik masa lebih kurang 4 jam nak sampai dan satu lagi jalan highway yg ambik masa 2 jam lebih. Kami ikut jalan dalam sebab owner 'bas' tak bagi ikut jalan highway..kedua-dua jalan sebenarnya akan merentas Banjaran Crocker, cuma jalan highway lebih curam. Yang pasti pemandangan sepanjang Banjaran Crocker ni memang SUPERB.. view gunung-ganang, awan tebal memutih, sungai jernih yg deras dan kawasan padi bukit jadi santapan kami sepanjang perjalanan..memang agak 'bengkok' la pinggang kan tapi takpe sebab ini pengalaman yang jarang-jarang nak dapat. Maha Besar Allah !! Sampai di pekan Tenom pun dah gelap dan terus check-in di hotel yg Mira dah booked awal2. Saya secara peribadinya menilai negeri Sabah sebagai negeri yang cantik dan sejuk mata memandang tapi kekurangan Sabah rasanya dari segi menu makanan. Belum ade lagi makanan yg betul-betul saya suka di Sabah selain drp chicken wing dan cakoi. Jadinya, setiap kali melawat Sabah..tak perlu nak susah payah carik makan sedap-sedap, cukup sekadar nak isi perut je. 26hb esoknya, saya jalankan tugas di majlis perkahwinan Mira ..begitu jugak Bob yg bertugas untuk adik Mira iaitu Melly. Terima kasih untuk Ayangku yang bertindak sebagai backup dan penghargaan terbesar dari suamimu ini sebab sudi teman dan sporting sepanjang majlis berlangsung. Memang satu pengalaman yang menarik untuk melihat majlis dari suku kaum lain yang sangat2 'rare' dari segi suasana dan budaya. Kira berbaloi rasanya perjalanan naik turun bukit Banjaran Crocker selama 4 jam tuh..hehe. Kalau ade kesempatan, mungkin saya boleh tiba lagi di sini. Hari kedua ni tak banyak benda boleh buat sebab majlis berlangsung sampai ke malam. Esoknya baru la dpt peluang bawak Ayangku dan Bob jalan-jalan sekitar pekan Tenom. Tenom ni memang terkenal dengan hasil kopinya. Kami ke Fatt Choi Coffee House untuk sesi merasa kopi dan kunjungan kami disambut baik oleh petugas kat situ..dpt rasa kopi dan dapat ilmu sekali. Untuk pengetahuan, ayangku nie mmg penggemar kopi sampai beliau takkan boleh mula kerja setiap hari sebelum minum kopi dulu. Cuma sayang, kopi sedap-sedap kat Malaysia ni semua mahal. Kopi Tenom ni memang best dan harga pun murah..bayangkan pek yg sama kalau jual kat airport berharga RM20 tapi kat sini diaorg jual RM8 jek.. Kira dapat la beli sikit untuk keluarga kat Semenanjung rasa nanti. Lepas tu, kitaorg raya-rayau sekitar pekan Tenom dan decide untuk balik ke Kota Kinabalu sebab dah takde ape rasanya nak buat kat Tenom. Hajat nk layan white water rafting kat Sungai Padas, tapi rasanya terlalu ekstrem untuk Ayangku. Lain kali, insyaAllah. Kitaorg hanya dapat cari teksi ke Keningau dan kemudian sambung teksi lain ke KK sebab itu jek cara kalau nak balik on time. Bas dari Tenom hanya ade sekali je sehari tapi kena tunggu sampai pukul 4 petang. Masa balik kali ni kami lalu jalan highway pulak dan driver ni dulu pemandu lori balak kat jalan yang sama..sejarahnya menurut pakcik driver teksi, laluan ni adalah laluan lori balak dan pihak kerajaan beli sebab nak buat highway. Lagipun, pembalakan dah dikawal ketat sekarang. Untuk kami yang pertama kali ni, memang mencabar gak la sebab jalan dia curam dan agak berliku.. pada satu-satu masa, macam satu level dengan awan je rasa. Pakcik driver pun bermurah hati nak berhentikan teksi sekejap untuk kami amik gambar. Dan beliau lebih 'bermurah hati' bila tiba-tiba berhentikan kereta tengah jalan..pasti biar kereta jalan sendiri semata-mata nak buktikan hukum fizik yang kereta dia boleh bergerak sendiri masa naik bukit walaupun tengah free gear. Huishhhh…entah berapa kali saya dok toleh belakang takut2 ade kereta ke, bas ke..lori ke yang datang ke arah kitaorg. Jangan buat lagi la Uncle eh… Alhamdulillah, selamat sampai di KK jugak akhirnya dan kami check-in kat Federal Hotel untuk satu malam. Sempat la layan makan kat Pasar Philippine malam tu. Ayangku pun nak shopping sikit barang-barang souvenir kat Pasar Kraftangan. Sebab penat masa perjalanan balik siang tuh, kami balik hotel awal untuk beradu. Pagi esoknya, sambung jalan sikit lagi sekitar bandar KK dan saya terfikir nak ambil gambar pemandangan panorama dari atas Bukit Bendera sebab sebelum ni saya pernah dengar ade lookout point dari situ yang kita boleh tengok pemandangan sekitar bandar KK. Di sini sekali lagi ade pengalaman menarik saya yang harus kita sama-sama jadikan iktibar. Ceritanya masa sibuk-sibuk tanya orang kat kawasan Padang Merdeka..macam mana cara nak ke Bukit Bendera Lookout Point. Pakcik-pakcik situ cakap biasanya orang pergi naik kereta sebab kalau jalan kaki, agak jauh gak dan konpem "barpaluh la katiak kau nanti..". Dan tiba-tiba ade sorang lagi pakcik tegur tanya nak pergi Bukit Bendera ke? Pakcik ni namanya Yahya Othman..tukang sapu sampah Majlis Bandaraya Kota Kinabalu. Bila kitaorg ckp, takde transport nak ke sana dan memang nak pegi jalan kaki je, dengan tak buang masa beliau jemput kami ke kereta beliau. Dalam kereta Perodua Viva biru beliau tu ade banyak perkakas lain..tapi beliau sudi kemaskan dan letak kat luar dulu..semata-mata nak bagi kami tumpang. Dan kami diberi tumpang sampai ke atas Bukit Bendera.. siap boleh tunggu pulak tu..dan sambil tunggu kami tangkap2 gambar..beliau duduk di tepi baca kitab, rasanya Al-Quran. Saya dah serba salah sebab bila nak balik tuh, beliau offer pulak nak lawat Kompleks Sukan Likas..Menara Yayasan Sabah..lepas tu cakap lain kali kalau datang KK, carik dia sebab dia tolong ikhlas. CEritanya dulu dia ade sahabat seorang cikgu yg berasal dari Semenanjung yg selalu tolong beliau. Tapi sebab dulu pakcik ni susah dan dengan berbuat mcm ni, pakcik Yahya rasa boleh membayar balik hutang budi beliau..cuma perlu selalu berbuat baik. Nampak kan moralnya di sini.. betul-betul ajar saya supaya jangan menilai orang lain dari paras rupa luaran. Jujurnya masyarakat kita sekarang.."Hish, pakcik keje sapu sampah ni..malas aku nak dekat la, mesti busuk ni". Kalau tak semua, saya boleh kata kebanyakan kita suka memandang jelik begini. Tepuk dada tanya selera. Untuk pakcik Yahya, budi pakcik saya dahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Saya sanjung keperibadian pakcik..dan insyaAllah saya cuba jadikan contoh di masa-masa akan datang.
Kat bawah ni selingan sikit la sebagai penghargaan untuk Air Asia.. sebab motto "Everyone Can Fly" tu sekurang-kurangnya berjaya pada saya. Secara peribadinya, memang nampak banyak kemajuan la setidak-tidaknya untuk golongan "tak berapa berduit" cam saya nie. Hebat formula Tony Fernandes yang sekarang ni dah ade team F1 sendiri dan pemilik sebuah kelab bolasepak EPL. Rekaan kapal terbang pun 'catchy'..tabik spring untuk tuan. Special thanks to Mira, Jesse, Melly and family for their trust and for this opportunity. Hope we can have a business again Oh ye.. 'bas' yang kami naik tuh sebenarnya sebuah van.. dah org sana panggil BAS :p Tags: 1Malaysia, air asia, apaipictures, banjaran crocker, jurugambar perkahwinan, malaysia wedding photography, malaysia wedding photography 2012, murut, pakej fotografi, tenom, tony fernandes, wedding photography package Full content generated by Get Full RSS. |
<b>Di Tenom</b> Saja Ada (Part 1) Posted: 10 Nov 2011 10:15 PM PST Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan