10 di papar - Google Blog Search |
- EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR DEMO UPSI <b>DI PAPAR</b> KAN <b>...</b>
- Malaysia Zoom » RM1.73 juta rugi akibat kebakaran <b>di Papar</b>
- Nurcahaya Atikah: Cuti Sekolah <b>Di Papar</b>
EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR DEMO UPSI <b>DI PAPAR</b> KAN <b>...</b> Posted: 01 Jan 2012 10:50 PM PST Jam 5 petang Full content generated by Get Full RSS.Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan. Jam 10 petang Jam 10pm,kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI.Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar. Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya,berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force) Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan "we love upsi ".Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi.Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar.Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini. Jam 2.10 pagi Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua,anjing) terhadap Perdana Menteri,Kementerian Pengajian Tinggi,kerajaan,UMNO dan pemimpin UPSI. Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU.Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan,bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU.Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama. Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku. Jam 2.20pagi 2.20am
Jam 2.35pagi 2.35am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan "Buka Pintu" dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya "membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO". Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka ,ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat,ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus.Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar. Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman,mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa.Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul,mereka yang melawan sehingga terjatuh,malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.
Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi,sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat. ACP/KS DATO' DR JUNAIDY ABU BAKAR TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)="font-weight:> UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM. ANDA DAH LIHAT APA TERJADI ??? SIAPA YANG MULA KAN DULU ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Malaysia Zoom » RM1.73 juta rugi akibat kebakaran <b>di Papar</b> Posted: 06 Jan 2012 03:03 PM PST PAPAR 6 Jan. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Papar mentaksirkan kerugian sebanyak RM1.73 juta akibat kebakaran kediaman dan bangunan di daerah itu pada tahun lalu. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Iszuedy Rosli Ch'ng berkata, jumlah harta benda yang berjaya diselamatkan daripada kebakaran pula berjumlah RM3.6 juta. "Bagaimanapun, nilai harta benda yang diselamatkan menurun sebanyak 38 peratus iaitu RM5.76 juta disebabkan kurangnya kes kebakaran berlaku. "Secara purata keseluruhan perangkaan kebakaran pada tahun lepas menurun 40 peratus iaitu 56 kes berbanding tahun sebelumnya sebanyak 108 kes kebakaran," katanya ketika kepada pemberita di sini hari ini. Iszuedy berkata, kesedaran orang ramai yang semakin meningkat mengenai bahaya kebakaran menyumbang kepada penurunan kes kebakaran tahun lalu. Menurut beliau, sepanjang tahun lalu juga, pihaknya telah menerima sebanyak 195 panggilan kecemasan melibatkan kes kebakaran rumah, bangunan dan harta benda serta tugas menyelamat dan khidmat khas. Katanya, antara panggilan tugas menyelamat dan khidmat khas yang diterima termasuklah menyelamatkan mangsa daripada serangan serangga seperti tebuan, menangkap ular berbisa, kemalangan jalan raya, mencari dan menyelamat mangsa lemas. Tambahnya, daripada 195 panggilan yang diterima pihak bomba daerah itu, kes kebakaran rumah merupakan yang tertinggi dengan 19 kes diikuti kebakaran lalang (16) dan kilang hanya satu. Jelasnya, dalam tempoh tersebut, jabatan bomba turut menerima dua panggilan palsu daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Dipetik dari Utusan Malaysia Full content generated by Get Full RSS. |
Nurcahaya Atikah: Cuti Sekolah <b>Di Papar</b> Posted: 01 Dec 2011 07:37 PM PST Huh... Lama sudah tak update blog... Rindu plak rasanya dengan blog nie... Seperti entry di atas, time cuti sekolah nie Atikah ada pergi Papar.... Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan