10 di tambunan - Google Blog Search |
- Empat maut dan empat cedera dalam kemalangan <b>di Tambunan</b>
- Trip To <b>Tambunan</b>:::Mahua WaterFall - Perintis Senyum
- .::Nota-nota Kehidupan::.: Kembara <b>di Tambunan</b>
Empat maut dan empat cedera dalam kemalangan <b>di Tambunan</b> Posted: 01 Jan 2012 06:40 AM PST Tambunan: Empat maut dan empat lagi parah dalam satu kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 15 Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, berdekatan Kampung Kinabaan, di sini pada Jumaat. Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib berkata dalam kejadian jam 5.20 petang itu, empat mangsa yang merupakan penumpang pacuan empat roda jenis Nissan Frontier maut di tempat kejadian. Menurut sumber, keempat-empat mangsa yang maut di tempat kejadian adalah Bryne Mathew, 31, Jubin Justinus, 21, Rupinah Maurus, 33, dan Maurus Masida, 59. Mereka yang cedera pula ialah Anthony Maurus Masida, 25, Thomas Murus, 20, Oliver Denis Bryan, 5, dan pemandu lori, Jaslan Congkeng, 32. Hamza berkata, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tujuh orang itu dipercayai merempuh sebuah lori tangki ketika dalam perjalanan meraikan majlis perkahwinan saudara mereka di Kampung Mangi Pangi, Tambunan, dekat sini. "Kenderaan pacuan empat roda itu dinaiki oleh tujuh ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Kinabaan menuju ke Tambunan bagi menghadiri majlis perkahwinan. "Bagaimanapun, kenderaan yang dinaiki mangsa telah bertembung dengan sebuah lori tangki dalam perjalanan dari Keningau menuju Kota Kinabalu," katanya ketika dihubungi. Hamza berkata, pemandu dan dua lagi penumpang Nissan Frontier terselamat, manakala pemandu lori dan kelindan lori tangki mengalami kecederaan parah dan semuanya dikejarkan ke Hospital Tambunan bagi mendapatkan rawatan lanjut. Menurutnya, tujuh ahli keluarga yang menaiki pacuan empat roda berkenaan baru sahaja menghadiri satu acara pertunangan dan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinaan saudara mereka di Tambunan. "Bagaimanapun, ketika melalui selekoh di tempat kejadian kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan," katanya. Akibat pertembungan itu, lori tangki minyak berkenaan terbalik lalu jatuh dalam sebuah gaung sedalam 10 meter di sebelah kanan jalan, manakala Nissan Frontier terbabit terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan. Pemangku Ketua Balai Bomba Tambunan, Alan Ayuhang yang berada di lokasi kejadian berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tambunan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang dan tiba di lokasi jam 5.35 petang bersama enam anggota dan sebuah jentera. Katanya, Bomba mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda berkenaan. Sementara itu, seorang saksi yang enggan namanya disiarkan, berkata ketika kejadian itu dia sedang berehat di bilik rumah berdekatan lokasi kejadian itu. SUMBER Full content generated by Get Full RSS. |
Trip To <b>Tambunan</b>:::Mahua WaterFall - Perintis Senyum Posted: 17 Dec 2011 09:15 AM PST [unable to retrieve full-text content]Hari ni, sy ingin kongsi bersama tentang keseronokan di daerah Tambunan yang terletak di negeri Sabah di bawah bayu.. Trip ke Tambunan di buat pada 9hb disember 2011, perjalanan kami hanya berempat iaitu saya dan ... |
.::Nota-nota Kehidupan::.: Kembara <b>di Tambunan</b> Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Kembara di Tambunan. Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera ^_^ Alhamdulillah..bertemu kembali :-) blogging memang tidak membosankan seperti mana facebook hee~ mencuri sedikit masa yang sangat terhad,update blog usang ku ... |
You are subscribed to email updates from di tambunan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan