10 di kota belud - Google Blog Search |
- Kelapa Mawar: PENASARAN POLITIK <b>DI KOTA BELUD</b>
- DUA PERKARA YANG DIHARAPKAN PEMBANGKANG <b>DI KOTA</b> <b>...</b>
- JANGAN PANDANG RENDAH KEUPAYAAN PEMBANGKANG <b>DI</b> <b>...</b>
Kelapa Mawar: PENASARAN POLITIK <b>DI KOTA BELUD</b> Posted: 21 Jan 2012 03:53 PM PST Bukan sahaja parti dan orang peseorangan yang menyokong UMNO/BN yang PENASARAN dengan perkembangan politik di daerah di mana UMNO Sabah mula bertapak ini ,parti dan penyokong pembankang juga mula dilanda demam angau,lebih-lebih lagi dalam soal pengangihan kerusi pilihanraya. Banyak sudah kedengaran bomoh-bomoh pilihanraya serta ahli nujum mula meramalkan, bulan Mac ini pasti PRU 13 akan berlangsung. kes Liwat II Anwar Ibrahim yang dirayu oleh peguam negara tidak ada kena-mengena dengan orang Kota Belud menjadi penasaran kali ini. Sebut apa sajalah perkembangan terkini politik tanah air, ia tidak akan lari dari bibir orang Kota Belud. Inilah indahnya daerah ini, saban waktu ,baik di kedai kopi dan warung kampung, atau di Restoran Pencarian bersama, Restoran Mayang Sari sehingga ke KFC pun pun cerita benda yang sama. Penglipura lara ini dalam cerita wayang kulitnya akan mula mencongkak calon perti pembangkang di kota Belud. Antara yang paling menon jol namanya ialah Musli Oli yang dikatakan melobi untuk bertanding di DUN Usukan. Sementara itu , Shukor Abd. Mumin, mantan ketua pemuda UMNO KB yang kini berada di gelanggang pembangkang juga diwar-warkan akan bertanding di Parlimen Kota Belud. Manakala di DUN TEMPASUK, Awang Laiman akan sekali lagi diturunkan untuk menentang Datuk Musbah Jamli. Full content generated by Get Full RSS. |
DUA PERKARA YANG DIHARAPKAN PEMBANGKANG <b>DI KOTA</b> <b>...</b> Posted: 26 Jan 2012 12:16 AM PST Politik adalah "magic" yang kadang-kadang keputusannya berlaku di luar sedar kita. Kerana 'Magic' itulah pembangkang tidak pernah merasa putus asa untuk merubah landskap politik Kota Belud. Kata apa sajahlah tentang pembangkang , mereka tetap dengan perjuangan kerana mereka percaya "magic' itu pasti datang. Perkembangan senario politik di Kota Belud lewat sekarang ini menyaksikan pelbagai ragam berlaku. Arus perubahan makin deras. Mungkin sesetengah orang masih percaya bahawa 'kederasan' sungai Tempasuk dan sungai Kedamaian di Kota Belud tidak pernah menenggelamkan pekan ini sepenuhnya walaupun banjir kerap berlaku. Ada yang masih percaya Kota Belud tetap akan dikuasai oleh BN tetapi mereka lupa bahawa politik adalah magic dan itu boleh berlaku bila-bila masa. Dua perkara magiuc yang diharapkan oleh pembangkang pada PRU 13 akan datang. Pertama menumbangkan BN/UMNO dimana-mana DUN di Kota Belud termasuk menguasai Parlimen.Kalau dizinkan pembangkang mahu menghalau terus BN dan UMNO di bumi kota belud ini. Biar mereka yang membela nasib penduduk kota belud ini. Kedua pembangkang kalau tidak dapat menumbangkan BN dan sekutunya,mereka mahu menurunkan majoriti. Dan yang kedua ini dalam politik dikenali sebagai 'kemenangan' yang tertunda kerana bila berlaku penurunan majoriti yang mendadak kesanya kepada pembangkang boleh dirasai hingga ke PRU seterusnya. Dalam politik "motivasi' itu lebih bernilai dari yang pertama,kerana biasanya yang menang akan alpa kepada yang kalah. BN dan UMNO sewajarnya mengekang dua perkara yang dimahukan oleh pembangkang itu sekiranya terus mahukan Kota Belud menjadi fixed deposit bagi mereka.tetapi berdasarkan PRU 12, perkara kedua ini telahpun berlaku. Dan adakah perkara pertama yang diharapkan oleh pembangkang itu akan menjadi kenyataan pada pru 13 ini? Full content generated by Get Full RSS. |
JANGAN PANDANG RENDAH KEUPAYAAN PEMBANGKANG <b>DI</b> <b>...</b> Posted: 10 Jan 2012 03:53 PM PST Pemimpin-pemimpin politik Kerajaan BN dan UMNO di sarankan supaya jangan terlalu memandang rendah keupayaan dan kekuatan Pembangkang terutama PKR dan PAS untuk merebut beberapa kawasan pada PRU akan datang di daerah Kota Belud. Pemimpin politik ini terus-terusan dibuai mimpi semalam sehinggakan membiarkan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat sejagat melingkari kepemimpinan mereka. Isu besar yang berlegar-legar di segenap detik hati masyarakat Kota Belud ini akan menjadi barah tahap 4 yang tidak boleh disembuhkan lagi menjelang PRU 13. Ada pemimpin yang bukan sahaja membiarkan masalah itu berakar umbi tetapi juga menunjukkan sikap tidak ambil peduli. Sokongan rakyat yang menyaksikan penuruan secara mendadak pada PRU 12 yang lepas tidak pernah menjadi pengajaran berguna buat mereka. Keupayaan calon PKR contohnya meraih lebih 4000 undi di kawasan parlimen Kota Belud seharusnya mengusarkan para pemimpin ini. Tanggapan bahawa di Kota Belud inspirasi perubahantidak akan berlaku dan "kepala Raja" akan menjadi penentu undi sudah lagi boleh dipakai. Kalau dulu,letaklah calon siapa pasti menang asalkan calon dari parti BN atau UMNO sudah ketinggalan.Beberapa tanda perubahan dan daya sensitiviti rakyat di Kota Belud menunjukkan bahawa ada kesediaan untuk berubah dan mengenapikan pemimpin yang tidak berbuat apa-apa. Beberapa isu seperti empangan Tambatuon, rampasan Tanah di Taburan,rampasan tanah di Kg Rampayan , isu kelewatan pembinaan Sk Tamau, isu pampasan jalan raya Bypass Kota Belud-Kudat adalah isu-isu besar yang 'terbiar' dan tidak ada jalan kesudahannya. Para pemimpin ini merasakan,bahawa hanya segelintir masyarakat Kota Belud yang peka kepada isu ini, dan hanya melibatkan masyarakat yang terlibat sahaja, sedangkan mereka lupa isu ini akan menjadi modal besar kepada pembangkang terutama PKR yang dilihat lebih dekat dengan aspirasi rakyat di daerah Kota Belud. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan