ads

Sabtu, 15 Mac 2014

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Bom ikan: Lima lelaki dicekup <b>di Kudat</b> - The Borneo Insider

Posted: 11 Mar 2014 12:38 AM PDT

KOTA KINABALU: Keseronokan lima lelaki yang sedang asyik menjalankan aktiviti bom ikan berakhir, apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Pulau Guhuan, Kudat.ikanbom

Serbuan dilakukan sepasukan anggota PPM Kudat yang menjalankan Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) di perairan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Jumaat lalu.

Dalam serbuan itu, pihak polis merampas kira-kira 30 kilogram ikan yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan, selain beberapa peralatan menyelam di dalam bot terbabit.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, semua tangkapan dan rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985.

"PPM akan terus menjalankan operasi seperti ini dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan bom ikan di seluruh perairan negeri," katanya.

Dalam kes lain, PPM merampas sejumlah barang kawalan bernilai kira-kira RM15,000 yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran melalui perairan Kudat, Ahad lalu.

Mohamad berkata, serbuan dibuat kira-kira jam 12.15 pagi ke atas sebuah bot di kawasan perairan Tanjung Muniangit, Kudat.

"Ketika serbuan, ada dua lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri didapati berada dalam bot itu.

"Pihak kami turut merampas 20 tong berisi petrol, satu tong berisi diesel, 24 bungkus gula pasir dan 50 bungkus tepung yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran," katanya.bomikan

Tambah beliau, dua lelaki terbabit bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Pangkalan PPM Kudat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-WB

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved