ads

Sabtu, 15 Mac 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


262 orang ditahan <b>di Semporna</b> - The Borneo Post Online

Posted: 08 Mar 2014 08:19 AM PST

Kesemuanya dipercayai PATI  di Pulau Nusa Tengah dan Pondohon

SEMPORNA: Ops Gasak 3, yang dilancar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) semalam, menyaksikan penahanan 262 individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pulau Nusa Tengah dan Pondohon (pondok-pondok di laut berdekatan Pulau Nusa Tengah) di perairan Semporna.

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata kesemua mereka berusia lingkungan enam bulan hingga 76 tahun serta ditahan dalam operasi yang bermula jam 6 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 121 adalah lelaki.

"Kita telah membuat pemeriksaan dan menahan mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau memiliki dokumen yang meragukan, dan kita serahkan kepada Jabatan Imigresen untuk mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam ESSCOM Datuk Abdul Rashid Harun, Pengarah Bahagian Pertahanan ESSCOM Mejar Jeneral Datuk Masrani Paiman dan Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Osman.

Mohammad berkata Ops Gasak 3 merupakan operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia (APMM) serta beberapa agensi lain termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Daerah Semporna.

"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama yang baik antara pelbagai agensi yang turut sama menjayakan Ops Gasak 3, yang antara lain, bertujuan membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) daripada didiami PATI," katanya.

Beliau berkata Ops GASAK, yang sebelum ini tertumpu di kawasan pulau, mungkin akan diperluas ke perkampungan air pada masa akan datang.

Mohammad turut meminta majlis daerah Semporna merobohkan rumah yang diduduki PATI bagi memastikan tidak ada lagi pendatang asing yang bertapak di daerah ini, khususnya di Pulau Nusa Tengah.

Katanya, Ops Gasak 3 merupakan susulan Ops GASAK 2 di Kalapuan pada 29 Dis lepas dan Ops Gasak 1 yang dilancar pada 24 Nov membabitkan empat pulau iaitu Pulau Pom Pom, Pulau Mataking, Pulau Mabul dan Kapalai yang kesemuanya dalam kawasan ESSZONE. — Bernama

Pengganas Al-Qaeda terlibat kes bunuh <b>di Semporna</b> – Perak Today

Posted: 15 Nov 2013 10:38 PM PST

KhalidAbuBakarKB02240713LAWATFARID

KUALA LUMPUR – Kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf dipercayai terlibat dalam kes culik dan bunuh, dua pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah, awal pagi semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, pengganas terbabit dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini, belum ada tuntutan tebusan dibuat, dan usaha mengesan mangsa masih diteruskan dengan bantuan pihak berkuasa di Filipina.

"Kita percaya kumpulan pengganas ini mengambil kesempatan memasuki perairan Sabah kerana pasukan bersenjata Filipina telah dikerah ke utara untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam taufan Haiyan. Jadi ia memudahkan pengganas untuk melakukan jenayah," kata Khalid.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sunathon (berkhatan beramai-ramai) Program Gaya Hidup Sihat, di sini, hari ini, Khalid berkata beliau telah berunding dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kawalan di perairan Sabah berikutan perkembangan itu.

Dalam kejadian semalam, seorang pelancong lelaki warga Taiwan ditembak mati manakala isteri mangsa yang juga warga Taiwan telah dilarikan kumpulan terbabit.

Khalid berkata, polis akan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan berkenaan bagi mengelak berulangnya kejadian seumpama itu.

Beliau juga berkata, satu operasi besar-besaran akan dijalankan di sekitar pulau-pulau yang bersempadan dengan negara jiran itu bagi mengesan dalang di sebalik kejadian jenayah itu.

"Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas dan tidak memberi sebarang maklumat atau bantuan kepada musuh negara," tegasnya.

Katanya, polis akan mengesyorkan kepada pihak berkuasa di perairan Sabah supaya menguatkuasa pengharaman penggunaan bot pam kerana pengganas dan penjenayah menggunakan bot berkenaan untuk aktiviti jenayah.

"Kita tahu dengan pengharaman bot ini, penduduk akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian.. Tiada tolak ansur dalam isu keselamatan.

Kita minta pihak berkuasa ambil tindakan drastik terhadap perkara ini," katanya.

Khalid berkata, aktiviti pelancongan tidak akan terjejas berikutan kejadian itu kerana pasukan keselamatan sentiasa mengetatkan kawalan di sekitar pusat peranginan dan pelancongan di seluruh Sabah termasuk di Semporna, Sandakan dan Tawau.

- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved