ads

Rabu, 29 Januari 2014

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di keningau</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2014 11:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Sufi Nazihah&#39;s: 26 Disember 1996 : Tragedi ribut Greg <b>di Keningau</b>

Posted: 25 Dec 2013 03:37 PM PST

Assalamualaikum. hi ?

Hari ni teringat pula pasal ribut Greg yang pernah melanda daerah Keningau pada tarikh yang sama 26 Disember 1996 iaitu 17 tahun yang lalu. Ia sekaligus mengingatkan saya kepada karangan yang saya tulis dan saya salah eja perkataan Greg kepada Greek . Okay, malu k malu.

Artikel ni saya dapat dari buku Infiniti...


Tanggal 26 Disember 1996 merupakan satu titik hitam yang pernah menggemparkan seluruh rakyat di Malaysia. Ia berikutan satu tragedi bencana alam yang paling dahsyat direkodkan pernah berlaku di negara ini.

Mengimbas kembali kejadian ini, bencana alam tersebut yang digelar Ribut Tropika Greg telah menyebabkan keseluruhan daerah di Keningau,Sabah terjejas teruk. Akibat serangan ribut maut ini, ia telah mencatatkan angka korban paling tinggi dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia. Difahamkan, lebih 200 mangsa meninggal dunia manakala 102 lagi gagal dikesan sehingga hari ini.

Mengikut kronologi tragedi berkenaan, serangan ribut taufan yang menakutkan itu telah melanda daerah Keningau selama lima jam, bermula 1.00 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi. Dalam tempoh tersebut, kawasan bencana dikatakan mengalami hujan lebat berterusan dan tiupan angin sehingga 80 kilometer sejam.

Ekoran keadaan itu, sungai-sungai di sekitar daerah berkenaan seperti Sungai Pampang, Bayayo, Liawan serta Senagang mulai melimpah. Justeru, ia telah menyebabkan sembilan buah kampung ditenggelami air, sekali gus memusnahkan 500 buah rumah penduduk berhampiran tebing sungai. Kesan daripada kejadian itu, dianggarkan kira-kira 3000 orang penduduk di daerah tersebut hilang tempat tinggal.

Paling teruk dilaporkan adalah tiga buah kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang, Limbawan dan dan Batu Satu yang lenyap dalam sekelip mata setelah ditelan arus deras berlumpur.


Pada masa yang sama, laluan utama dari daerah Keningau ke Kota Kinabalu juga terputus hubungan ekoran dua buah jambatan utama yang terletak di Sungai Liawan dan Pegalan roboh selepas dihanyutkan arus deras. Dalam pada itu juga, sebahagian bukit berhampiran Gunung Emas di Tambunan runtuh lalu menutup jalan raya yang menghubungkan laluan dari ibu negeri ke Tambunan dan Keningau.

Operasi menyelamat dan mencari mangsa segera dilakukan sebaik ribut berakhir sekitar pukul 6:30 pagi. Pada hari pertama pasukan pencari dan penyelamat telah mengesahkan seramai 107 orang disahkan terkorban manakala 150 lagi masih hilang. Kesemua jumlah mayat mangsa dijumpai sepanjang tebing empat sungai di sekitar daerah berkenaan.

Saat itulah, pelbagai pemandangan ngeri dan menyayat hati jelas kelihatan di sekitar kawasan bencana. Ia amat sukar untuk digambarkan lebih-lebih lagi apabila melihat mayat mangsa yang ditemui cukup mengerikan. Dipercayai, kesemua mansa yang terkorban sedang tidur ketika bencana alam itu melanda.

Pada hari seterusnya, operasi tersebut berjaya menemui 15 mayat mangsa tragedi tersebut. Bagaimanapun, jumlah penemuan mayat kian meningkat pada hari-hari berikutnya dan statistik angka korban bertambah dari semasa ke semasa.

Selepas lebih dua minggu operasi mencari dijalankan, akhirnya ia dihentikan pada 12 Januari 1997. Dalam jangka masa tersebut, lebih 200 angka korban direkodkan manakala 102 lagi diklasifikasikan hilang sehingga kini.

Berdasarkan siasatan lanjut yang dilakukan mendapati, tragedi ribut tersebut dipercayai berpunca akibat pemanasan global. Kebiasaannya, fenomena ini berlaku disebabkan aktiviti penebangan hutan dan pelepasan gas rumah hijau yang tidak terkawal itu menjejaskan proses kitaran alam yang mulai berubah dan menyebabkan pelbagai bencana alam yang sukar dijangka.

Mengikut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca pada ketika itu, tragedi ribut tersebut berlaku selepas kehadiran tiupan angin tropika dari arah Laut China Selatan yang berkelajuan 50 hingga 70 kilometer sejam menghala ke pantai barat Sabah dan utara Sarawak.

Sebelum kejadian ribut ini berlaku, lokasi bencana dikatakan mengalami hujan lebat sejak awal pagi 24 Disember 1996 dan berterusan sehingga ribut berkenaan berakhir pada pagi dua hari kemudian . Infiniti.

p/s : subhanallah. Semua ni terjadi dengan kehendak Allah swt .

Credit  - Majalah infiniti. Google.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved