ads

Rabu, 29 Januari 2014

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Ainim Rashihah: Embun Beku Umpama Salji <b>Di Ranau</b>, Sabah

Posted: 25 Jan 2014 09:58 PM PST

Assalamualaikum...
Sebentar tadi berbual dengan mak. Mak cerita tentang embun beku di Ranau, Sabah akibat cuaca sejuk. Keluar berita kat radio. Wow..tertarik betul aku. Teringat pulak nak search berita online. Sekali terjumpa artikel kat Berita Harian.
Ranau: "Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji," kata penunjuk arah atau dikenali sebagai 'Malim Gunung Kinabalu', Nais Momin, 45.
Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu. 
"Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin. 
"Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.
Ni yang buat aku teringat percutian aku ke Sabah tahun lepas. Walau hanya sekadar ke Kundasang pun dah terasa sejuk, ini kan pulak Ranau. Bestnya kalau aku kat situ sekarang. Boleh feeling feeling macam kat oversea. Rasanya kalau kakak sulong aku ada kat situ, confirm beribu gambar dia amik. Bukan selalu ada keadaan macam ni kan. Menarik..

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved