ads

Rabu, 29 Januari 2014

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Tembakan <b>di Kota Kinabalu</b> mungkin rancangan besar - The Borneo <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 08:02 AM PST

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri tidak menolak kemungkinan peristiwa sekumpulan remaja menembak dan memecahkan pintu dan dinding kaca kira-kira 25 premis di sekitar bandar raya ini sebagai 'grand design' atau rancangan besar.

Beliau berkata kemungkinan ia bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai memandangkan imej yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan remaja berkenaan memakai penutup muka.

"Mereka tahu apa yang mereka lakukan. Jadi ia mungkin merupakan satu grand design untuk menakut-nakutkan orang. Tetapi nasib baik, sekurang-kurangnya imej mereka dirakam CCTV," katanya kepada pemberita semasa melawat Kem Program Latihan Khidmat Negara Wawasan di Papar, kira-kira 45 kilometer dari sini semalam.

Bagaimanapun Abdul Rahim berkata biar pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Jumaat lalu, enam orang remaja dalam tiga kumpulan berasingan didapati menembak dan merosakan kira-kira 25 premis di sekitar sini dengan menggunakan senapang angin berpeluru guli dan 'ball-bearing'.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kejadian itu bermula jam 11.45 malam di kawasan Karamunsing, Sembulan dan Inanam.

Beliau semalam turut mengingatkan orang ramai bahawa penyebaran maklumat palsu berhubung kejadian itu di laman media sosial adalah menyalahi undang-undang.

Jauteh berkata belum ada tangkapan yang dibuat dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan senjata yang digunakan. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved