ads

Ahad, 31 Mac 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


adun48sukau: Jumlah anggota keselamatan <b>di Kinabatangan</b> perlu <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 08:45 PM PDT

DSP Martin menyatakan sesuatu kepada Saddi.

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah jumlah anggota pasukan polis dalam Daerah Kinabatangan bagi memperkasakan tugas melindungi keselamatan rakyat di kawasan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, penambahan anggota itu agak penting memandangkan kedudukan daerah Kinabatangan yang amat luas, selain memiliki kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau yang berhadapan perairan Laut Sulu, kawasan  menjadi laluan pengganas di Kampung Tandou, Lahad Datu dan Semporna ketika ini.
"Saya mencadangkan langkah penambahan anggota ke kawasan Kinabatangan.  Kerana ketika ini  saya  merasakan jumlah anggota pasukan keselamatan Di Balai Polis Kinabatangan  perlu dipertingkatkan.
"Selain daripada kedudukan perairan ini dan Sandakan begitu bebas daripada kegiatan penyeludupan dan kemasukan rakyat asing suatu ketika dulu, anggota yang bertugas di dakawasan persekitaran daratan dan kampung-kampung terpencil di Dun Sukau perlu diadakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, DSP Martin Lugu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kinabatangan di sini.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah pegawai-pegawai kanan Polis IPD Kinabatangan, Pegawai Platon Rela Kinabatangan  dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit.
Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah  berkata, terdapat  hampir 90 buah kampung dalam kawasan jagaan Pejabat Polis Daerah Kinabatangan merangkumi kawasan-kawasan Kampung Dalam Daerah Kuamut dan 42 buah lagi terletak dalam kawasan Dun Sukau. 16 darinya kampung dalam Dun Sukau, kata Saddi, berkedudukan di persisiran Pantai yang menghala perairan Sulu dan 26  buah Kampung terletak di kawasan daratan yang bersempadan Dun Tungku dan Lahad Datu dalam kawasan Parlimen Silam.
"Saya dan pihak polis sependapat kawasan dalam Dun Sukau ini amat memerlukan perhatian pasukan keselamatan termasuk pihak polis kerana kedudukan penduduknya yang saya anggap terdedah daripada ancaman luar dan golongan subresif," katanya.
Saddi difahamkan pihak IPD Kinabatangan juga sudah mengemukakan permohonan menambah bilangan anggotanya kepada pihak tertinggi pasukan itu.
Saddi berkata, sektor pelancongan, perladangan dan perikanan di dalam Dun Sukau akan menjadi lebih mantap dengan meningkatnya jumlah kawalan keselamatan di polis di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, kata Saddi, beliau amat berbangga dengan persiapan serta pengawasan keselamatan yang terus diberikan pihak polis daerah ini.
"Selain mereka meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan di daerah berhampiran seperti Sandakan dan Lahad Datu, pasukan polis ini juga meningkatkan rondaan ke seluruh kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan termasuk di kampung-kampung terpencil seperti dalam kawasanMukim Litang dan sepanjang pintu masuk ke daerah ini," kata Saddi.
"Saya begitu berbangga dengan tanggungjawab  harian mereka. Saya mendoakan semua anggota keselamatan ini terus terlindung daripada bahaya dan daerah ini bebas daripada sebarang ancaman pencerobohan pengganas," kata Saddi.
Saddi juga juga berpuas hati dengan aktiviti  pelancongan dan perladangan di sini yang dapat berjalan seperti biasa atas keupayaan pengawasan itu.

Hot ! Srikandi PKR tipu orang Prmtg Pauh stesen minyak tak ada <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2013 10:02 AM PDT

GPB sebentar singgah sekejap mendengar ceramah Wanita Pakatan di Dataran Rakyat , Penanti  , alang-alang sudah lalu di situ . Kehadiran dianggarkan 500 orang sahaja pencacai2 hadir .

Penceramahnya ialah Siti Aishah , Ketua Srikandi PKR ... boleh tahan juga mulut betina ni  , lantang memaki hamun pemimpin BN terutama Najib & Rosmah . Pakai je tudung tapi mulut macam PUAKA MUSIBAT !

Mula-mula je minah ni dapat mikrofon , terus  memaki hamun Najib  pasal lawatannya ke Kuala Krai kononnya menipu rakyat Kelantan . Bila Najib janji nak bina Masjid  , dia jawab konar pasal bil air Seri Perdana mahal setiap bulan . Tun Mahathir pulak dia gelar Tok Wan Perasuah .

Cuma yang paling menarik perhatian GPB kepada ucapan  Siti Aishah ni , kering-kering je dia menipu dan jual makcik2  Permatang Pauh .  Seperti hilang modal untuk bercakap , dia menceritakan pengalamannya bila ke  Sabah iaitu Parlimen Kinabatangan , Datuk Bung Moktar Radin .

Punya la la kelentong kalah keling , dia boleh cakap  Stesen Minyak langsung tiada di Parlimen Kinabatangan . Kalau rakyat di sana nak isi minyak terpaksa ke Sandakan .

 Ia sekaligus membuktikan UMNO selama ini menipu rakyat di Semenanjung  dan kebajikan rakyat di Sabah tidak terbela .

Benarkah dakwaan itu ?? Ingat cakap betina ini usah dipercayai walaupun bertudung .

Gambar di atas adalah bukti srikandi PKR ini penipu . Stesen minyak Shell ini terletak di tepi Sg Kinabatangan . KLIK DI SINI

Malah rakan twitter GPB  berasal Sabah juga dedahkan penipu ini .

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Mar 2013 12:27 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

JALAN PULANG: LUNYAI... Umno Tumbang Lagi <b>Di Kinabatangan</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 05:11 PM PST


Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.
Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk  kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.
Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.
Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno.
Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu.
"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.
Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.
"Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya. Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan pilihanraya," ujar Azmin sambil berseloroh.
Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan.
"Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu," ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.

Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved