ads

Ahad, 31 Mac 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


20/03/2012: Kutipan tabung Perwira Lahad Datu dilancarkan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 02:07 AM PDT

Pelbagai pihak di negeri ini terus prihatin dengan nasib perwira-perwira negara yang terlibat dalam mengawal pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Di Keningau, Majlis Daerah Keningau (MDK) melancarkan kutipan Tabung Pewira Lahad Datu di lobi bangunan berkenaan.

Pelancaran kutipan tabung Pewira Lahad Datu itu dilancarkan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau Mohd Rafik Haji Jubar.

Bercakap kepada media selepas melancarkan tabung itu Rafik berkata, tabung itu dilancarkan diperingkat MDK atas kesedaran dikalangan pegawai dan staf MDK di sini untuk sama-sama membantu pewira-pewira yang terlibat dalam mengawal insiden percerobohan pengganas di Lahad Datu.

Rafik berkata, semangat setiakawan dan semangat kenegaraan juga dikalangan pegawai dan staf MDK di sini mendorong kepada pelancaran tabung Pewira Lahad Datu.

Tambahnya, sekurang-kurangnya sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga pewira-pewira yang terkorban dan cedera.

Beliau berkata, sumbangan yang terkumpul dari pegawai dan staf serta rakan-rakan yang ada kaitan dengan MDK akan diserahkan pada 30 Mac ini dalam satu majlis pelancaran tabung Pewira Lahad Datu yang dijangka akan dilancarkan oleh salah seorang pemimpin tempatan di daerah itu.

Ends/Hacks/MA-Cov-FA-Radik        ~mfja~

PESONA: Selamat Ke Rumah Sembelih Ruminan Kecil <b>Di Keningau</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2013 01:34 AM PST

Telah lama sebenarnya tinggal di Daerah Keningau,
namun baru hujung tahun lalu berpeluang melawat
di Stesen Ternakan Seberang Keningau.
Lawatan ke sini hanya untuk membuat satu
program Lawatan Sambil Belajar oleh 
Team Pengawas Sekolah 2013.
Rupanya selain dari berbagai haiwan 
yang ada, pihak Stesen Ternakan ini 
mempunyai sebuah restoran yang 
cukup selesa untuk menikmati pelbagai
juadah. Juadah yang paling lazat ialah
hidangan SUP PAYAU. Pernah tak
Sejak lawatan itu..adalah
anak-anak singgah menjamu selera 
Ini lah papan tanda dan penunjuk
tempat sembelihan payau dan kambing
Teringat pula tragedi di Tanduo Lahad Datu..
harap cepat-cepat kembali keharmonian
ok klik kalau nak lagi besar!.

TPM Tiba <b>Di Keningau</b> Rasmi Kongress PBRS | MyNewsHub

Posted: 28 Dec 2012 08:00 PM PST


KENINGAU – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini, hari ini, untuk merasmikan persidangan perwakilan ke-15 Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Dewan Masyarakat Keningau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tiba di sini jam 10.40 pagi menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Muhyiddin, Musa dan presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dijadual menghadiri menghadiri jamuan dalam suasana perayaan Krismas dan Tahun Baru di dewan itu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Keningau adalah sebuah pekan kecil di selatan Kota Kinabalu yang terletak di pinggir Banjaran Crocker.

Daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah itu adalah yang terbesar, terletak kira-kira 128 kilometer dari Kota Kinabalu ibu negeri Sabah. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved