ads

Sabtu, 8 Mac 2014

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


Gambar Sekolah SK Pekan Kiulu Terbakar <b>Di Tuaran</b> Sabah <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 12:20 AM PST

Gambar sekolah kebangsaan (SK) Pekan Kiulu terbakar di Tuaran Sabah. Insiden yang berlaku pada jam 1.30 petang 3 Mac 2014 memusnahkan tiga blok bangunan papan sekolah terbabit. Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan akibat insiden tersebut. Dalam kejadian itu, sebanyak dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba Tuaran dikejarkan untuk memadam kebakaran.

Gambar SK Pekan Kiulu Terbakar Di Tuaran Sabah

terbakar 1terbakar 2terbakar 3

Dua Sekolah <b>Di</b> Beaufort Dan <b>Tuaran</b> Sabah Terbakar - Blog Berita <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 04:00 PM PST


Api menjulang tinggi memusnahkan tiga blok bangunan kayu SK Pekan Kiulu di Tuaran.

Ia melibatkan tiga blok bangunan kayu SK Pekan Kiuli, Tuaran yang musnah sama sekali dalam kejadian 1.50 petang dan dua blok yang menempatkan perpustakaan dan stor sukan SK Gadong, Beaufort yang berlaku kira-kira 3.15 petang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K. Ramin berkata, kejadian berlaku selepas tamat sesi persekolahan.

Punca kebakaran belum dikenal pasti, katanya.

Beliau berkata, 16 anggota dikejarkan untuk mengawal kebakaran di SK Pekan Kiuli sementara tujuh anggota ke SK Gadong.



Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin), Newmond Tibin berharap Jabatan Pendidikan dapat menempatkan murid SK Kiulu sama ada dengan menumpang sementara bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Kiulu atau bangunan lain seperti Dewan Masyarakat.

"Kami juga berharap Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Sabah dapat mempercepatkan pembinaan SK Kiulu yang baharu daripada konkrit bagi menggantikan bangunan lama daripada kayu itu," katanya.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata kebakaran di SK Pekan Kiulu melibatkan blok bangunan papan yang dibina pada 1957 yang menempatkan 187 murid Tahun 1 hingga 6 dan sembilan murid prasekolah beserta 22 orang guru.

Ia juga menempatkan pusat sumber.

"JPN Sabah telah menurunkan peruntukan sedia ada sebanyak RM30,000 untuk membeli peralatan pengajaran dan pembelajaran, bahan dan peralatan lain," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, murid-murid akan menggunakan makmal komputer dan khemah sebagai kelas sementara mereka.

Jame berkata, pihaknya akan menunggu laporan dan cadangan daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan bagi memohon peruntukan kecemasan.

"​JPN Sabah akan mencadangkan perancangan jangka masa panjang bagi membina gantian penuh bangunan sekolah ini," katanya. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved