ads

Khamis, 14 November 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Pekerja Binaan Maut Bangunan Kedai Runtuh <b>di Sandakan</b> | Jenayah

Posted: 06 Nov 2013 08:32 PM PST

alt

SANDAKAN 7 Nov  - Seorang pekerja binaan maut apabila bangunan kedai dua tingkat yang masih dalam pembinaan di IJM Batu 6 dekat sini, runtuh semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata mangsa dikenali sebagai Mustafa Mustamin, 20, seorang pendawai elektrik.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 petang dan diklafikasikan sebagai kemalangan.

Mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

"Mengikut laporan yang diterima, mangsa berada di atas bangunan kedai itu sebelum runtuhan berlaku dan kehilangan mangsa hanya disedari sepupunya.

"Kehilangan mangsa disedari pada jam 8 malam dan memaklumkannya kepada pihak bomba dan penyelamat," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin berkata pihaknya yang menghantar 19 anggota bersama dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan konkrit pada jam 10.04 malam dan berjaya mengeluarkan mangsa pada

Lelaki bertarung nyawa selepas dibelasah dengan 15 orang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 05:00 PM PST


Lelaki bertarung nyawa selepas dibelasah dengan 15 orang di Sandakan | Seorang lelaki kini terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Duchess Of Kent (HDOK) selepas dibelasah kira-kira 15 lelaki menggunakan tali pinggang dan botol dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Bandar Indah, di sini, kelmarin. Mangsa Mohammad Ravi Mansor, 20, ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri di kaki lima hadapan sebuah premis makanan di Bandar Indah oleh orang awam kira-kira jam 3.30 pagi sebelum dihantar ke HDOK untuk menerima rawatan. Dalam kejadian itu juga dua rakan mangsa berusia dalam lingkungan 20-an turut cedera di kaki dan kepala dipercayai dipukul kumpulan suspek yang sama. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa bersama enam rakannya pergi berhibur di sebuah pusat hiburan sehingga jam 3 pagi.

"Selepas itu, mangsa bersama rakannya beredar dari pusat hiburan berkenaan dan ketika dalam perjalanan menuju ke kereta tiba-tiba sekumpulan lelaki mengejar mereka dengan bersenjata tali pinggang dan botol kaca. "Berikutan kejadian itu, mangsa bersama enam rakannya bertempiaran lari menyelamatkan diri," katanya, semalam. Sumber itu berkata, kira-kira 30 minit kemudian mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di kaki lima di hadapan premis makanan di kawasan berkenaan oleh orang awam. "Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans jam 3.58 pagi untuk menerima rawatan lanjut. "Akibat kejadian itu, mangsa kini dalam keadaan kritikal kerana kecederaan di kiri kepala dipercayai dipukul dengan menggunakan objek keras," katanya.

Menurut sumber itu, selain mangsa, dua lagi rakannya turut mengalami kecederaan masing-masing di kaki dan kepala dipercayai dipukul suspek sama. Difahamkan, bilangan suspek yang memukul mangsa belum diketahui, namun seorang daripada rakan mangsa mendakwa melihat kira-kira 15 lelaki tidak dikenali di sekitar kawasan kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan masih dijalankan bagi mengesan suspek. "Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta tiada sebarang senjata ditemui," katanya. -HM

.

KISAH PDRM YANG TIDAK DIDENDANG : Serangan keatas <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2013 03:38 PM PDT

Oleh AdminRF

Pada 29 Jun 1976 jam 0600 hrs, kapalronda PX 27 yang pada ketika itu dalam rondaan rutin telah berlepas dari Pulau Berhala Sandakan menuju ke perairan Pulau Tambisan.

Pada waktu itu, rondaan berkonsepkan rondaan rutin yang memakan masa 1 minggu. Tiada sebarang Kod Operasi digunakan untuk sebarang rondaan pada ketika itu.

Rondaan pada ketika itu lebih kepada menjaga keselamatan dari kemasukan tentera MORO dari selatan Filipina.

Pagi yang cerah itu tidak menduga akan berlaku satu malapetaka yang akan menimpa kapalronda PX 27 dan krewnya.

Seperti biasa laluan dari Sandakan ke Tambisan akan melibatkan laluan Sandakan – Outer Bouy – Royal List dan kemudian ke Tambisan.

Pada pagi itu jurumudi bertugas adalah Konst Awang Jinin sementara Konst. Jarkata bertugas sebagai Look Out.

Setibanya dikawasan perairan antara Kuala Segama dan Kuala Meroup pada jam lebih kurang 0900 hrs, look out telah melapurkan bahawa terdapat 1 speedboat yang mengandungi lebih kurang 7 orang dan 1 buah pumboat bersayap yang mengandungi lebih kurang 15 orang sedang merapat antara satu sama lain.

Kpl Sadikul yang menjadi OOD pada ketika itu mengarahkan Konst Jarkata supaya memanggil kedua-dua buah bot tersebut menggunakan Adlis Lamp untuk tujuan pemeriksaan.

Selepas konst Jarkata memanggil bot tersebut, didapati pumpboat tersebut telah melarikan diri kearah laut sementara sebuah lagi speed bot masih kekal dikedudukan asal.

Kapalronda PX 27 terus bergerak menghampiri speed bot tersebut. Ketika ketiga-tiga bot yang terlibat itu dalam kedudukan 3 segi, orang-orang di pumpboat tersebut mula melepaskan tembakan kearah PX 27.

Begitu juga dengan orang-orang di speed boat tersebut turut melepaskan tembakan. Tembakan dari kumpulan penjenayah tersebut disedari oleh Kpl Sarikul apabila cermin tingkap dikedua-dua belah kapal pecah ditembusi peluru.

Beliau kemudian berteriak "Kapal diserang" sambil membunyikan loceng kecemasan.

Kpl Ustin Bajau yang pada ketika itu bertugas di MCR adalah orang pertama yang terkena tembakan dipunggung. Tembakan dari 2 penjuru itu telah menimbulkan suasana panik.

Badan kapal yang diperbuat daripada kayu jati ditembusi peluru dari arah kiri dan kanan. Konst Rabani yang pada ketika itu bertugas sebagai tukang masak terpaksa menggunakan lesung batu untuk melindungkan kepalanya dari terkena peluru musuh.

Konst Shahbudin Ahmad terus naik keatas Open Brige dan melepaskan tembakan di sebelah Port. Dalam keadaan bersemangat membalas tembakan itu beliau telah ditembak ditangan kanannya.

Selain itu juga beliau nyaris terbunuh apabila sebutir peluru telah melalui antara rambut dan cuping telinga sebelah kiri menyebabkan luka diatas telinganya.

Memandangkan Konst Shahbudin telah tercedera, tempatnya telah diambil alih oleh Kpl Sadikul dan beliau terus melepaskan tembakan GPMG kearah pump bot tersebut.

Konst Usop Etin yang pada ketika itu sedang memanjat tangga untuk ke open brige telah ditembak dikakinya dimana sebutir peluru telah menembusi lutut kiri dan kanannya.

Konst Jarkata yang baru sahaja mengambil senjata jenis Carbine dan berada dibelakang Konst Usup Etin turut terkena tembakan di bahu sebelah kiri. Konst Omar Amit juga telah terkena tembakan dibahagian belakang badan.

Pegawai Pemerintah pada ketika itu adalah K/Insp Ahmad Matali yang lebih dikenali sebagai Tn Mat Janggut mengarahkan semua mempertahankan kapal disamping mengarah supaya kapal dikendalikan keluar dari kedudukan bahaya.

Senjata yang digunakan oleh Polis Marin pada ketika itu adalah GMPG, Carbine dan Oerlikon. Namun senjata Oerlikon tidak dapat digunakan disebabkan mengalami kerosakan makenikal.

Pentempuran berlaku selama lebih kurang 10 minit dan penjenayah memberhentikan tembakan apabila kedudukan ketiga-tiga kapal adalah selari dimana PX 27 ditengah-tengah.

Namun anggota polis meneruskan tembakan. Beberapa orang penjenayah dilihat terpelanting jatuh kelaut dari pump bot akibat terkena tembakan GPMG. Namun telah ditarik naik ke atas pump bot.

MARIN11

Kedua-dua bot penjenayah kemudian telah melarikan diri kearah laut lepas. Bantuan pada ketika itu sukar diperolehi memandangkan perhubungan yang ada terhad pada kawasan tertentu sahaja dan permohonan bantuan dari pasukan sahabat sukar dilakukan.

Memandangkan hampir separuh dari anggota polis telah mengalami cedera parah, Pegawai Pemerintah PX 27 dengan segera meneruskan perjalanan ke Pulau Tambisan bagi tujuan rawatan anggota yang tercedera.

Sampai sahaja di Pulau Tambisan, kesemua yang cedera telah menerima rawatan kecemasan di Klinik Bidan Pulau Tambisan. Turut membantu merawat anggota yang cedera adalah Doktor Askar yang berpangkalan di Kem Tambisan.

5 orang anggota polis marin yang cedera telah diterbangkan dari Tambisan balik ke Sandakan menggunakan helikopter Sabah Air dan telah mendarat di SMK St Mary dan kemudian telah dibawa ke Hospital Duches of Kent Sandakan.

Kesemua yang cedera berjaya dirawat kecuali Konst Jarkata dimana sebutir peluru telah menembusi tulangnya hingga mengenai urat sarahnya dan doktor menyatakan sekiranya peluru itu dicabut berkemungkinan besar Konst Jarkata akan mengalami lumpuh.

Peluru tersebut masih terseimpan di tulang sebelah kiri beliau hingga ke hari ini. Kesemua yang terlibat dengan kejadian tersebut telah pun bersara kecuali konst Jarkata.

Kini Konst Jarkata bertugas di PGM Sandakan sebagai SI Panduarah PX 30 sebelum kapal tersebut dipindah milik kepada APMM dan akan bersara pada 12 Oktober 2012.

Kejadian serangan keatas kapalronda PX 27 merupakan kejadian yang agak besar yang melibatkan pegawai dan anggota PGM selepas peristiwa Bukit Kepong yang turut mengorbankan 3 anggota Polis Marin selain rakan-rakan polis yang lain.

Sejarah serangan keatas kapalronda PX 27 ini ibarat Syair yang tidak didendangkan dan pergi begitu saja bersama-sama masa. Kepada semua yang terlibat, diucapkan Syabas kerana mempertahankan kapal dari ditawan dan mungkin dilarikan.

Kecekapan pegawai dan anggota dalam menilai situasi perlu dipuji. Semoga paparan ini dapat mengingatkan satu peristiwa yang hampir kesemua warga PDRM tidak mengetahuinya berbanding peristiwa Bukit Kepung.

Mereka yang terlibat dalam pentempuran tersebut.

K/Insp Ahmad Matli
SI Hj Bulat
SM Yusof Apo
Kpl Sarikul
Kpl Ustin Bajau
Konst Omar Amit
Konst Hasmat
Konst Tasliman
Konst Awang Jinin
Konst Shahbudin Ahmad
Konst Usop Etin
Konst Rabani Balimbang
Konst Jarkata Malinking

* Kisah ini diambil dari laman Facebook Admin amRF

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved