di negeri sabah - Google Blog Search |
29/9/2013: Kerajaan <b>Negeri</b> Komited Bangunkan Bidang ICT <b>Di Sabah</b> Posted: 29 Sep 2013 12:51 AM PDT Kerajaan negeri komited membangunkan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seiring perkembangan pesat ICT masa kini. Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat berkata, ini terbukti menerusi peranan dan fungsi Persatuan Komputer Sabah (SCS), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam merintis inovasi dan transformasi ICT di negeri ini. Menurutnya, peruntukkan disalurkan Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat sebanyak lebih 200-ribu ringgit setiap tahun kepada SCS merupakan antara pendekatan kerajaan negeri untuk membantu persatuan berkenaan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program berasaskan ICT seperti Computer Camp, ICT Fiesta PC Fair & Exhibition dan E-Waste Recycling Awareness Project. Menurutnya, penyaluran bantuan dana tersebut membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam menarik minat lebih ramai golongan belia dan generasi muda untuk mempelajari serta menguasai ICT dalam era globalisasi. Datuk Siringan ditemui media sempena Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Eksekutif Baharu, Persatuan Komputer Sabah 2013-2014 di Kota Kinabalu. ~Farizie/AY/Cov-Radik ~mdre |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan