ads

Khamis, 10 Oktober 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


SESB Bertindak Segera Pulih Bekalan Elektrik <b>Di</b> Sekitar <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2013 02:26 AM PDT

7/10/2013: Tindakan segera telah diambil oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bagi memulihkan semula bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Penampang dan Putatan.

Ini berikutan kejadian hujan dan angin kencang yang melanda kawasan berkenaan sejak awal pagi tadi dan seterusnya mengakibatkan banyak pokok tumbang dan menimpa talian elektrik miliknya.

Pemeriksaan juga mendapati banyak tiang dan talian elektrik miliknya mengalami kerosakan dan perlu diperbaiki/ diganti dengan pepasangan yang baru.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Ahmad Fuad Md Kasim, dianggarkan hampir 1,000 pengguna telah putus bekalan elektrik selama beberapa jam ekoran daripada kejadian ini.

Keutamaan pemulihan bekalan elektrik ini tertumpu kepada kawasan-kawasan yang mempunyai risiko keselamatan kepada pengguna elektrik yang lain.

Kefahaman pengguna mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali.

Para pengguna juga adalah digalakkan untuk segera menghubungi talian Hotline 15454 ataupun 088-515000 SESB sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik.

~Siaran Akhbar SESB

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved