ads

Sabtu, 28 September 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Isteri maut kereta dipandu suami terjunam ke dalam gaung <b>di Ranau</b>

Posted: 11 Aug 2013 06:37 PM PDT

August, 12, 2013 - 9:37 am

RANAU: Seorang wanita maut apabila kenderaan yang dipandu suaminya terjunam ke dalam gaung dalam nahas di Jalan Kampung Sarapong, Ranau semalam.

Ketua Polis Ranau DSP Abdul Rahman Kassim berkata dalam kejadian 9.45 malam itu, mangsa Halisah Raibin, 38, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, suami mangsa Yasik Atim, 40, dan enam anaknya (dua lelaki dan empat perempuan) yang berumur antara enam dan 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya Yasik yang memandu kenderaan jip jenis Suzuki sedang dalam perjalanan pulang selepas berhari raya di Kampung Mohimboyon, dekat sini.

"Pemandu dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter," katanya sambil menambah kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik.

Abdul Rahman berkata spesimen darah pemandu telah diambil untuk dianalisa.

BLOG SABAH: 10 <b>di ranau</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Sep 2013 01:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tanah Runtuh <b>di Ranau</b> ~ Sabahan Info

Posted: 16 Jul 2013 07:47 PM PDT

Ranau: "Saya sudah melarangnya supaya tidak ke kebun, tetapi dia berkeras mahu memetik strawberi yang masak untuk dijual," kata Jaima Undaput, 30, menantu Dohumi Kinte, 78, yang dikhuatiri maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilou dekat sini, semalam.
Ketika kejadian pada jam 10.45 pagi, Dohumie dikatakan sedang memetik buah strawberi di kebunnya seorang diri sebelum tiba-tiba bukit dianggar setinggi 500 meter berhampiran kebunnya runtuh lalu menimbus warga emas itu.

Kejadian dipercayai berlaku disebabkan mendapan serta pergerakan tanah susulan hujan lebat sejak petang kelmarin sehingga pagi semalam.
Jaima berkata, sebelum kejadian dia bersama ibu mentuanya itu ke kebun sayur mereka dan sampai di sana, mangsa beria-ia mahu memetik strawberi walaupun dia melarangnya kerana angin kencang.

ANGGOTA polis, bomba dan JPAM bersama orang ramai mencari mangsa yang tertimbus.

"Kejadian berlaku ketika saya pulang ke rumah untuk menghantar sayur pucuk timun. Saya tidak menyedari tanah runtuh berlaku sehingga dimaklumkan penduduk yang bertanyakan di mana ibu mentua saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved