10 di ranau - Google Blog Search |
Tanah Runtuh <b>di Ranau</b> ~ Sabahan Info Posted: 16 Jul 2013 07:47 PM PDT Ranau: "Saya sudah melarangnya supaya tidak ke kebun, tetapi dia berkeras mahu memetik strawberi yang masak untuk dijual," kata Jaima Undaput, 30, menantu Dohumi Kinte, 78, yang dikhuatiri maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mesilou dekat sini, semalam. Ketika kejadian pada jam 10.45 pagi, Dohumie dikatakan sedang memetik buah strawberi di kebunnya seorang diri sebelum tiba-tiba bukit dianggar setinggi 500 meter berhampiran kebunnya runtuh lalu menimbus warga emas itu. Kejadian dipercayai berlaku disebabkan mendapan serta pergerakan tanah susulan hujan lebat sejak petang kelmarin sehingga pagi semalam. Jaima berkata, sebelum kejadian dia bersama ibu mentuanya itu ke kebun sayur mereka dan sampai di sana, mangsa beria-ia mahu memetik strawberi walaupun dia melarangnya kerana angin kencang. ANGGOTA polis, bomba dan JPAM bersama orang ramai mencari mangsa yang tertimbus. "Kejadian berlaku ketika saya pulang ke rumah untuk menghantar sayur pucuk timun. Saya tidak menyedari tanah runtuh berlaku sehingga dimaklumkan penduduk yang bertanyakan di mana ibu mentua saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. |
You are subscribed to email updates from di ranau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan