ads

Ahad, 16 Jun 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Green Light 21: cuti cuti <b>di Kota Kinabalu</b> Sabah

Posted: 07 Jun 2013 11:42 PM PDT

kejap2, aku bersihkan habuk dlm blog ni. dah bersawang blog aku sebab lama sangat tak update. hahaha. ada yg rindu aku ke? tak kesah la kalau tak ada. janji aku bahagia,kau pun bahagia. hahahaha!
baiklah aku nak update story pasal percutian aku bersama mak, ayah dan 2 org adik aku ke KK Sabah minggu lepas. kebetulan cuti sekolah dan negeri Sarawak cuti panjang sempena Hari Keputeraan YDP Agong dan Hari Gawai. so amat elok lah kita bercuti cutian. hehehe. tak lama pun. just short gateaway, kami pergi 4 hari saja.
flight kami pagi Sabtu, 1 Jun 2013 pukul 9 pagi. tp delayed 10 minit. its ok. dulu kami pernah delayed kat airport Bandung 10 jam. setakat 10 minit no hal laa bro. alhamdulillah cuaca pagi tu amat cerah di Kuching dan KK tp ada jugak turbulance sikit2. almaklum pesawat lalu persisir pantai so normal kalau ada angin sikit2. 

perjalanan dari Kuching ke KK adalah 1 jam 15 minit saja. kalau KL ke KK 3 jam. agak lama tak naik MAS. dulu diorg hidangkan dlm box putih. tp sekarang atas talam saja. memang dasar talam 2 muka wahahahhaa!



alhamdulillah dah sampai pun di Terminal 1 KKIA kalau naik AA korang akan sampai kat Terminal 2. ni antara airport tercantik bagi aku. dah la tepi laut saja. 
sepanjang 4 hari kat KK kami sewa kereta Viva saja mcm kat atas tu. muat laa utk aku, mak, ayah dan 2 org adik aku. kalau nak sewa kereta kat KK korang boleh google saja ok. aku tak ingat no hp org tempat kami sewa ni. diorg sewa ikut masa kita sampai. contoh kami sampai kat KK pukul 11 pagi, maka 11 pagi keesokan harinya dikira 1 hari. kira ikut 24jam laa.sehari RM100 saja kereta ni. dlm blog tempat kami sewa ni ada mcm2 lagi kereta, harga ikut saiz kereta laa. so RM100 kira amat berbaloi untuk korang sewa. korang taip je kat Google KERETA SEWA DI KK. berlambak yg keluar nanti.
bagi aku sewa kereta adalah sangat2 berbaloi kerana kos utk teksi kat
KK adalah sangat melampau mahalnya. dari airport ke pusat bandar yg hanya sekangkang kera diorg cas RM40. hoiiiiii gila lah kau! tu belum lagi korang nak jalan2. so tidak berbaloi ye anak anak.

kami menginap di Promenade Hotel Apartment di kawasan Api Api Centre. bilik utk family room RM120 semalam kalau tak silap. dan bilik family room nya ada bermacam2 jenis. ada yg siap mcm rumah sebab ada ruang tamu, 2 ke 3 bilik tidur, dapur, peti ais, mesin basuh dan perkakas dapur. bilik kecik utk mereka yg pergi berdua pun ada. kira berbaloi2 sangat tinggal kat sini sebab lokasinya sangat strategik. parking kereta bagi penghuni hotel jugak free. just tak ada breakfast dan wifi laa.bilik family dia sangat2 luas. boleh muat lebih dari 5 org dewasa. tp katil 2 queen size saja laa. tp lengkap dgn set sofa dan meja makan. korang boleh google utk tgk bilik2 lain. 
menginap kat sini best sebab kawasan Api Api Centre ni dikelilingi shopping complex mcm CentrePoint, Warisan Square dan Plaza Wawasan. dia ada 5 blok. kalau kena kat blok 1 memang untung laa sebab just seberang jalan saja nak ke CentrePoint dan Warisan Square. Mcd pulak kat tepi dia je. tp kawasan ni memang ok. 7E, klinik, kedai dobi, ciber cafe, kedai makan, kedai serbaguna, farmasi semua ada. mcm lagu Semuanya Ada Di KK. hehehehe! nak walk-in ke butik Hard Rock Cafe, waterfront dan Pasar Philipine pun boleh. sebab dekat kan. tp kami sewa kereta, harus sombong sikit.hahahaha! semua naik kereta. dulu2 kami tak sewa kereta. ni baru first time.
dan bagi yg tak sewa kereta dan nak ke shopping complex 1Borneo, korang boleh naik bas utk ke sana dgn percuma sahaja. bus stop nya berdepan dgn Warisan Square ( depan butik SaSa ke Quiksilver kalau tak silap aku ) dan ada kaunter di situ. tak salah aku just tunjuk kad kunci bilik saja utk dpt naik free. bagi yg tak pernah ke 1Borneo ni, shopping complex ni sama jugak mcm yg lain2 cuma ianya dikira sebagai hypermall terbesar di Borneo. coming soon sebelah 1Borneo ni nanti ada hotel Palace Of Golden Horses. hari tu masa otw ke Kundasang aku dah nampak beberapa bijik patung kuda dah siap didirikan depan hotel tu.
Suria Sabah (gambar dari Google )
panjang sgt aku bebel. hehehe. ok sambung lagi. masa sampai kat hotel jam baru pukul 11.30, jd bilik belum ready lagi. so kami decided pergi Suria Sabah dulu. Suria Sabah ni shopping complex baru kat KK. 10 minit saja drive dari Api Api ni. jalan2 kejap so kami decided nak makan kat CentrePoint sebab pihak hotel dah call boleh masuk bilik. amboi kejap bebenor. mak aku terus insaf nak makan kat food court bawah CentrePoint tu sebab kotor sangat. hahaha. tak laa teruk sangat kotornya tp mcm tak terurus laa. dah laa pelik2 je budak remaja berfesyen kat sana. haiyaaaa!
 hari pertama tak ke mana2 pun sebab mak aku tiba2 demam pulak. maybe kejutan budaya tgk budak2 kat CentrePoint tadi. hahahaha. lepas makan balik hotel terus rehat2, solat dan tido kejap. bangun2 tgk dah waktu Asar. kat KK waktu Asarnya awal. lepas tu kami jalan2 dekat waterfront saja. lepas tu jalan2 area Tanjung Likas tgk sunset. korang jangan risau kalau drive kat sini. comfirm tak sesat. jalan dia straight saja sebab KK ni bandaraya persisir pantai.
bulatan kat KK ni semua kecik2. tak mcm kat Kuching. bulatan area rumah aku je dah mcm padang bola hahahaha!

kalau memancing sini mesti banyak ikan. boleh memancing tp lepas tu bayar RM500. hihihi

agak ramai org ptg tu walaupun selepas hujan.

malam tu lepas makan family aku yg lain2 semua balik hotel. aku jalan2 sorang diri kat CentrePoint dan Warisan Square. window shopping saja tp kat Quiksilver sini ada sale utk topi. RM29 saja tp aku malas laa nak beli. just TERRRRRRRRRRRRRRbeli baju kemeja kat FOS CentrePoint. murah je RM20. stock lama tp aku suka sebab baju dia ngam2 kat badan aku. org tinggi mcm aku susah nak cari kemeja lengan panjang. so bila baju tu ok aku beli je laa. lama jugak tak beli baju utk kuliah.
hari kedua, kami semua pergi Taman Tunku Abdul Rahman. kat sini ada 3 buah pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. kami pilih pergi Pulau Mamutik saja kerana 2 tahun lepas dah pergi Pulau Manukan. Pulau Sapi insyaAllah lain waktu kami dtg ye. nak pergi pulau ni perlu naik bot laju melalui jeti Jesselton Point. jeti ni berjiran je dgn Suria Sabah. tambang utk naik bot ni sorang RM35 pergi balik. nanti beli kat kaunter semasa kat jeti. kalau nak sewa googles, jaket, pelampung pun boleh kat kaunter tu. tp kami tak sewa pun. pergi pun kejap je. 2 jam saja kami kat pulau sana. tp kat dlm bot laju tu nanti ada disediakan jaket keselamatan.
aku sarankan korang beli bekal siap2 kat bandar KK sebab makanan kat jeti dan pulau adalah mahal. kami dah beli nasik lemak kat hotel tadi utk bekal.
ni adik ngan mak aku.hehhe. mula2 agak cuak jugak sebab hari mendung saja. nanti tak syok laa nak bergambar tepi pulau. eh nampak kan Gunung Kinabalu kat belakang sana? haha. 
perjalanan naik bot ni dari jeti ke pulau just 15 minit saja.
yahooo dah sampai. alhamdulillah cuaca beransur cerah. terus tukar baju. 


meja2 jugak disediakan dan paling best bila meja just diletak bawah pokok. so takde la panas sangat.

ni baru pukul 11.30 pagi tp bulan dah nampak.

tu bukan adik aku ok. tu pelancong Thailand. hahaa. masa kami pergi tak ramai org kita. yg ramai pelancong luar negara yg tanpa segan silu memakai bikini saja. hahaha. 

subhanallah cantik sangat!

nampak bandar KK kat sini. nampak tak Gunung Kinabalu semakin ditutupi awan. kalau nak nampak gunung kena laa tgk sebelum tgh hari ok. dan korang jugak boleh nampak kapal terbang berlepas sebab pulau ni berdepan dgn airport KK.



best sangat walaupun aku tak reti berenang. hahahaha! disebabkan cuaca sangat panas, maka kulit aku berbelang. bila bukak baju nampak mcm ada singlet lagi kat badan aku.hahahaha!
aku dengan mak dan adik bongsu aku. bergambar before balik.
lepas 2 jam, kami pun balik. pemandu bot tu akan tanya pukul berapa korang balik. nanti dia akan dtg jemput. ni pemandu bot tu yg snap. hahaha. senget sikit tp takpe laa.
dah balik baru snap. hahaha. kat sini jugak best utk lepak2 sbb ada restoran2 dan gerai makan tp harganya sedikit mahal. view sini cantik. kalau kaki bergambar memang suka laa tempat ni. aku je malas nak bergambar hahahaha!
balik dari pulau singgah kejap makan kat food court Suria Sabah. gila awesome dia punya view. kat Sabah ni aku tak diet ok. asyik makan saja. hahaha. kat pulau td dah makan nasik lemak.ni makan lagi. ni belum lagi makan kat restoran seafood.hahhaha! balik hotel kejap rehat dan petang tu aku dengan mak dan adik pompuan aku pergi Suria Sabah lagi temankan diorg shopping. aku jd driver saja. adik aku dgn ayah aku lepak kat hotel saja. malam tu kami makan kat restoran seafood di Tanjung Aru. tp malas nak tepek gambar sebab lupa nak copy. hahahaha!

kat depan Suria Sabah ada bangunan lama yg budak2 conteng buat lukisan grafiti. cantik utk bergambar.
hari ketiga, kami ke Desa Fairy Farm di Kundasang. kami bertolak dari KK pukul 8 pagi dan sampai kat pekan Kundasang dlm pukul 10 mcm tu. tp lebih baik bertolak awal sbb dpt tgk Gunung Kinabalu nanti. walaupun perjalanan selama 2 jam tp tak terasa sangat sebab pemandangan menuju Kundasang subhanallah, sangat cantik. udaranya pun cukup sejuk. patutlaa ramai yg cakap sini mcm New Zealand. kalau yg nak ke Desa Farm ataupun Kundasang, korang boleh follow je sign board tepi2 jalan tu. insyaAllah tak sesat. ni aku ringkaskan dia punya signboard. korang boleh follow je.
TUARAN - TAMPARULI - PEKAN NABALU - KINABALU PARK - PEKAN KUNDASANG.
kalau nak singgah naik Jambatan Tamparuli ke, bergambar di Kinabalu Park dulu ke pun boleh. Kinabalu Park ni cantik utk bergambar. kalau korang pergi sebelah pagi, korang boleh bergambar berlatarkan Gunung Kinabalu dengan jelas sekali.kalau pukul 11 mcm tu gunung dah ditutup awan. kalau tak nak singgah pun boleh je bergambar tepi2 jalan tu yg nampak view gunung. nanti tepi jalan ada mcm space sikit diorg buat utk ambik gambaar tp kami decided balik dari Kundasang baru singgah nak bergambar. kesudahannya, kami balik dlm keadaan hujan lebat. so tak dpt bergambar. takpe laa maybe takde rezeki. biasalah kawasan gunung dan tanah tinggi kan lembap, so memang selalu ada hujan.
dan korang kena isi minyak full tank ok sebab kat kawasan ni tak ada stesen minyak dah. yg ada pun Esso di pekan Ranau, setengah jam mcm tu dari pekan Kundasang. so lebih baik isi minyak siap2 di bandar KK.

banyak gila lembu2 kat sini. semuanya lembu2 yg mcm kat New Zealand tu. takde lembu2 mcm kat masjid time Raya Haji. hehehe. tp ada la jugak sikit2.

pemandangan, udara kat sini memang mcm New Zealand lah.


nampak tak lembu2 semua tgh melakukan jenayah meragut.lol

kat bawah tu kawasan utk bagi lembu makan rumput. aku frust gilaaaaaa tak dpt meet and greet dg lembu2 tu semua sebab, cuba tgk gambar atas ni, awan hujan sedang berarak membawa air takungan. time ni kami kat dlm kedai tgh tunggu Q nak beli aiskrim susu lembu. sedap tau. berbaloi aku berbaris selama 1 jam! hahaha. nasib laa kan sebab kami pergi time cuti sekolah. so pelancong pun ramai. aku redha je berbaris sebab kat luar hujan lebat. kalau tak hujan tak rela aku nak berbaris. family aku pulak duduk kat meja supaya tempat kami tak dirampas org. hahaha! bukan setakat aiskrim, susu lembu fresh, waffle, hot chocolate dan macam2 lagi ada dijual. kalau kena dengan masanya, korang boleh tgk proses diorg memerah susu lembu. time tu dpt laa korang tgk gelagat beratus2 ekor lembu kena lepas dari kandang. hahaha. abg aku dah tgk dulu sebab diorg honeymoon kat sini. hahaha.

gambar ni before hujan. 



antara cenderamata dijual kat sini. sempat laa rembat fridge magnet utk kawan2.

sesaje nak jd mat bunga snap gambar bunga.hahahaha! nampak kan aku ada ciri2 lelaki romantik. puiiii.
memandangkan hujan lebat, so kami decided balik saja sebab kat dlm kedai di Desa Farm tu sesak gila. sebelum tu kami singgah dulu di KFC pekan Kundasang utk lunch. lepas tu kami ke Pekan Ranau utk pusing2 sekejap sebelum balik. patut laa kulit Adira dan Linda AF cantik. kat sini sejuk gila.
otw balik ke KK, berhenti di tepi jalan kejap utk tangkap gambar pekan Kundasang yg sangat cantik. gambar byk tp sorry laa, aku malas nak upload.haha.

bapak aku dan anak daranya.

parents aku dan anak bongsunya. gambar aku kurang sebab aku yg rajin bawak DSLR sebesar alam ni. kalau dlm tab dan hp baru banyak gambar aku. senang sikit selepas snap terus upload dlm FB dan Instagram.hahhaaha.
nasib laa kalau kau bukan warganegara. mahal wo mau bayar nyer.haahaa.


masa balik singgah di pintu masuk Kinabalu Park walaupun dlm keadaan hujan renyai2. tp sejuk beb. Kinabalu Park ni permulaan utk pendakian ke Gunung Kinabalu, masa otw pergi tadi ramai org kat sini sebab cuaca masih cerah. mat2 saleh pun ramai.

cantik kan dia punya view. mak ngan bapak aku dah mcm honeymoon dah cewahhhh! kat bawah tu curam gilaaa. tp nampak ada penduduk kampung tgh menanam kobis. 
oh ya kalau nak beli sayur sayuran atau buah strawberry atau bunga ros, kat Kundasang atau Pekan Nabalu banyak jual. kami hanya cuci mata saja sebab malas nak beli. jangan pulak korang beli Sinalau Bakas ok. sepanjang jalan byk gerai2 jual Sinalau Bakas. jangan gatal nak singgah ok. itu DAGING BABI SALAI! kalau ko non-muslim takpe.
otw balik singgah Tamparuli untuk naik Jambatan Tamparuli, lokasi terjatuhnya kasut high heel seorg awek ni. hahahaha.

pemandangan dari atas jambatan. masa ni mcm nak ribut. jambatan tu pun dah terhuyung hayang. hahaha.


adik2 aku semua gayat. hahaha. terjerit2 diorg. masa ni ramai pengunjung dah turun sebab cuaca macam nak hujan lebat. paling sadis takde pun gambar aku sebab semua gayat. haha. tangan tak lepas pegang besi tepi tu. tambah pulak angin kencang. tp serius wehhh gayat jugak kat atas ni. dah sungai bawah tu deras dan ada buaya.
ni je laa gambar aku. sob sob sob. jadilahh sebagai bukti dh sampai sini kan.
alhamdulillah selamat sampai KK pada waktu petangnya. lepak2 kejap dlm hotel lepas tu baru teringat dgn Hard Rock Kota Kinabalu yg baru bukak. ajak adik aku jalan2 sini kejap sebab Rock Shop dia dekat ngan waterfront. window shopping saja sebab takde yg berkenan.kalau ada keychain ke fridge magnet ke nak jugak aku beli tp takde. tshirt banyak laa.
malamnya pulak aku yg drive bawak mak dan adik2 aku jalan2 pusing KK. bapak aku nak berehat di hotel sebab seharian dia driving pergi Kundasang. singgah kejap kat Suria Sabah. terjumpa kedai jual barang2 vintage. terus aku terjumpa fridge magnet ni. cantik. semua ni RM10 saja hasil aku tawar menawar dgn pakcik yg jual nya. hahahaha! balik tu siap try kat fridge hotel. 
ko ada key chain Quiksilver ada muka sendiri? hahaha. 10 minit je tempah dah siap.
hari terakhir di KK. flight pukul 3 ptg. pukul 1.30 dah ada kat airport sebab org yg kami sewa kereta tu nak ambik kereta. thanks Ustaz ( kami panggil beliau ustaz je ) sebab bagi kereta yg terbaik utk kami. insyaAllah ada rezeki kami sewa lagi. hehehe.
sebelum balik singgah kejap Pasar Philipine utk beli keropok amplang dan kuih cincin yg sangat sinonim dgn Sabah sebagai buah tangan.
dan kami pusing2 bandar KK sebelum pergi Suria Sabah lagi dan lagi dan lagi sebelum balik hotel utk lunch. tapau je makanan dan makan sebelum check out. btw makanan kat KK ni agak mahal yeeeee.

nama tak boleh blah.hahahaha!




kat Pasar Philipine itu banyak penjual2 yg memaksa kita utk membeli. kesian jugak kat diorg yg merayu2 suruh kita beli brg diorg. 





seperti dijadualkan akhirnya pesawat kami berlepas meninggalkan KK. terima kasih KK! pastinya Sabah adalah destinasi yg mesti dikunjungi utk bercuti!




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved