ads

Ahad, 16 Jun 2013

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jun 2013 11:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 May 2013 11:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 11:27 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di kinabatangan</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2013 11:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

adun48sukau: Jumlah anggota keselamatan <b>di Kinabatangan</b> perlu <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 08:45 PM PDT


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mencadangkan kepada kerajaan supaya menambah jumlah anggota pasukan polis dalam Daerah Kinabatangan bagi memperkasakan tugas melindungi keselamatan rakyat di kawasan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, penambahan anggota itu agak penting memandangkan kedudukan daerah Kinabatangan yang amat luas, selain memiliki kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau yang berhadapan perairan Laut Sulu, kawasan  menjadi laluan pengganas di Kampung Tandou, Lahad Datu dan Semporna ketika ini.
"Saya mencadangkan langkah penambahan anggota ke kawasan Kinabatangan.  Kerana ketika ini  saya  merasakan jumlah anggota pasukan keselamatan Di Balai Polis Kinabatangan  perlu dipertingkatkan.
"Selain daripada kedudukan perairan ini dan Sandakan begitu bebas daripada kegiatan penyeludupan dan kemasukan rakyat asing suatu ketika dulu, anggota yang bertugas di dakawasan persekitaran daratan dan kampung-kampung terpencil di Dun Sukau perlu diadakan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, DSP Martin Lugu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kinabatangan di sini.
Turut sama dalam pertemuan itu ialah pegawai-pegawai kanan Polis IPD Kinabatangan, Pegawai Platon Rela Kinabatangan  dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit.
Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah  berkata, terdapat  hampir 90 buah kampung dalam kawasan jagaan Pejabat Polis Daerah Kinabatangan merangkumi kawasan-kawasan Kampung Dalam Daerah Kuamut dan 42 buah lagi terletak dalam kawasan Dun Sukau. 16 darinya kampung dalam Dun Sukau, kata Saddi, berkedudukan di persisiran Pantai yang menghala perairan Sulu dan 26  buah Kampung terletak di kawasan daratan yang bersempadan Dun Tungku dan Lahad Datu dalam kawasan Parlimen Silam.
"Saya dan pihak polis sependapat kawasan dalam Dun Sukau ini amat memerlukan perhatian pasukan keselamatan termasuk pihak polis kerana kedudukan penduduknya yang saya anggap terdedah daripada ancaman luar dan golongan subresif," katanya.
Saddi difahamkan pihak IPD Kinabatangan juga sudah mengemukakan permohonan menambah bilangan anggotanya kepada pihak tertinggi pasukan itu.
Saddi berkata, sektor pelancongan, perladangan dan perikanan di dalam Dun Sukau akan menjadi lebih mantap dengan meningkatnya jumlah kawalan keselamatan di polis di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, kata Saddi, beliau amat berbangga dengan persiapan serta pengawasan keselamatan yang terus diberikan pihak polis daerah ini.
"Selain mereka meningkatkan kerjasama dengan pasukan keselamatan di daerah berhampiran seperti Sandakan dan Lahad Datu, pasukan polis ini juga meningkatkan rondaan ke seluruh kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan termasuk di kampung-kampung terpencil seperti dalam kawasanMukim Litang dan sepanjang pintu masuk ke daerah ini," kata Saddi.
"Saya begitu berbangga dengan tanggungjawab  harian mereka. Saya mendoakan semua anggota keselamatan ini terus terlindung daripada bahaya dan daerah ini bebas daripada sebarang ancaman pencerobohan pengganas," kata Saddi.
Saddi juga juga berpuas hati dengan aktiviti  pelancongan dan perladangan di sini yang dapat berjalan seperti biasa atas keupayaan pengawasan itu.

Panas!! (Gambar 18SX) Bung Moktar Ditemani Isteri Muda Jelita <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2013 07:53 PM PDT


Zizie Ezette bergambar di hari penamaan calon suaminya di Kinabatangan, Sabah. Gambar penuh selepas ini.

sabahkini.net: JUHARI GANTI BUNG <b>DI KINABATANGAN</b>

Posted: 09 Apr 2013 07:37 AM PDT




EKSKLUSIF....Juhari menjelaskan sokongan Suku Sungai kepada BN masih kekal semasa  sesi wawancara eksklusif.
Oleh : SHAIMON S JUMADI                  Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Juhari Hj Janan menyeru kepada suku kaum bangsa Sungai bukan sahaja di kawasan Kinabatangan, Sugut, Beluran; bahkan di seluruh pelusuk Sabah agar menyokong sepenuhnya calon-calon BN yang bakal bertanding pada PRU 13 ini.
Katanya, sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) ini nyata  BN akan dapat membentuk  semula kerajaan selepas PRU 13 nanti untuk menumbangkan parti pembangkang.
Juhari berkata demikian ketika di wawancara Sabahkini.Net semasa beliau mengikuti lawatan kerja Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri  Dr Ahmad Zahid  Hamidi ke Pangkalan KD Sri Sandakan kelmarin.
Beliau menambah di Sabah sahaja mempunyai 11 orang calon BN yang terdiri daripada suku Sungai  yang akan bertanding di beberapa kawasan tertentu dan diharap masyaraat suku Sungai di negeri ini agar memberikan sokongan seterusnya memberikan kemenangan besar terhadap calon-calon tersebut.
Juhari menambah, sejak Barisan Nsional menerajui kerajaan negeri Sabah pada tahun 1994 sehingga sekarang, kebajikan masyarakat Sungai dan bangsa lain terus terpelihara.
"Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN di peringkat Negeri di bawah pucuk pimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman dan juga di bawah kepimpinan peringkat kerajaan pusat, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang tiada noktanya terus membela rakyat dalam pelbagai aspek," kata Juhari.
Katanya lagi,  mengenai manifesto ataupun akur janji yang dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri; 90 peratus rakyat yang ada di negara ini tidak kira Melayu, Cina, India, Iban termasuk KDM; telah menyokong sepenuhnya akur janti tersebut kerana membawa kebahagian kepada semua rakyat jelata yang bergelar Warganegara Malaysia.
"Parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin terlalu banyak menabur pelbagai janji tetapi tidak menjadi realiti inilah kerja-kerja pembangkang yang suka menabur fitnah  dan memaki hamun kafir mengkafirkan sesama sendiri, tetapi bukan semudah itu untuk meracuni  buah fikiran rakyat," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, bangsa Sungai di kawasan Kinabatangan 90  peratus mahukan  Juhari Hj Janan sebagai calon Parlimen Kinabatangan pada PRU 13 untuk menggantikan tempat Datuk Bung Moktar Radin.
Dilihat dari beberapa sudut, Juhari Janan memang layak dicalonkan jika pucuk pimpinan BN/UMNO memberi laluan untuk calon Parlimen kerana mengikut sumber yang boleh dipercayai; Juhari Janan adalah seorang aktivis masyarakat dalam aktiviti belia lebih 20 tahun yang lalu dan pernah mendapat gelaran daripada kerajaan Malaysia yang bergelar 'Tokoh Belia Negara'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved