ads

Khamis, 14 Mac 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Keadaan <b>di tawau</b>, Semporna selamat dan terkawal - Rakyat Marhaen

Posted: 06 Mar 2013 07:08 AM PST


SEMPORNA, 6 Mac — Keadaan keselamatan di Semporna dan Tawau adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka, kata polis.
Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata hanya berlaku di tempat tertentu.
"Keadaan di lokasi serangan hendap iaitu di Kampung Simunul pada Sabtu lepas juga kembali normal dan penduduk telah pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di sini  hari ini.
Mohd Firdaus berkata masih wujud persepsi dalam kalangan masyarakat tempatan kononnya anggota penceroboh berkeliaran di bandar ini, namun siasatan polis mendapati ia tidak benar.
Di TAWAU, Ketua Polis Daerah ACP Awang Besar Dullah mengingatkan orang  ramai supaya tidak cemas atau bimbang tentang keselamatan mereka kerana daerah Tawau berada dalam keadaan tenteram dan aman.
"Sejak pencerobohan di Lahad Datu, tiada sebarang gejala atau perkara luar biasa berlaku di sekitar Tawau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai di bandar itu menjalankan urusan harian mereka seperti biasa.— Bernama

"phat corner": Gempar!!! Gadis Hilang <b>di Tawau</b>

Posted: 27 Feb 2013 05:02 PM PST

nuffnang_bid = "916a2e237c14137532c88b76c8203b65";


Nama Nadzirah Ashikin, umur 17 thn. Tidak pulang rumah sejak hari Sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah, baju putih jaket hitam & tudung hitam. 

Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC, Tawau ikut Proton Exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi 0138800188 atau ibunya 0198728868. 

P/S : Jom Sesama Kita Share untuk bantu keluarga beliau

SELESAI PROGRAM <b>DI TAWAU</b> - Hadzrin.com

Posted: 03 Feb 2013 03:22 AM PST


Video di atas adalah antara demo yang dilakukan semasa Program Kursus Tendai di Tawau Sabah. Ujian ini hanyalah untuk peserta peringkat Super Grand Master. Membuat perisai diri daripada serangan musuh yang berniat zalim.

Sepanjang 4 hari berada di Tawau masa pantas berlalu dan bagi saya untuk biasakan diri disana dalam soal waktu solat agak kelam kabut. Kira sepanjang masa disana  dapat buat solat Jamak.

Jika di Semenanjung waktu Zohor jam 1:30 di Sabah pula jam 12:30. Awal sejam. Sebab itulah kedai-kedai sana jam 9 dah banyak yang mula tutup niaga. Ni juga berlaku di Brunei. Dekat sana pun awal sejam.

Bagi orang Semenanjung macam saya memang jakun sikit. Bagi orang yang memang duduk Sabah sejak lahir lagi dah tengok pukul 6 petang dah jadi malam tak menghairankan.

Mungkin jika Sabah Sarawak bukan dalam negara Malaysia mereka akan tukar waktu tak ikut sama macam di semenanjung.

Sepanjang program di Sabah saya mendapat banyak ilham bagaimana nak kembangkan ilmu Tendai dan ilmu Haq melalui jurusan pernafasan ini. Tujuannya untuk membantu lebih ramai orang untuk kembangkan potensi dalam diri dan melihat bukti kekuasaan Allah.

Video diatas bukan untuk semata-mata dalam melindungi diri tetapi untuk membangkitkan rasa bergantung secara total kepada kekuasaan Allah.

Begitu juga dalam soal ekonomi, rumah tangga , pekerjaan semuanya berserah secara total dengan kuasa dan takdir Allah.

Jika kita faham akan maksud tujuan kita dicipta dan dilahirkan adalah untuk sembah Allah bererti, pekerjaan yang kita lakukan sekarang bukanlah fungsi Allah ciptakan kita. Ia hanya sebagai memenuhi keperluan hidup. Bukan tujuan hidup.

Sebab itu bila dihitung kembali, berapa banyak solat yang kita terlupa dan sengaja ditinggalkan, wajib diganti semula sebelum melakukan solat sunat. Jika nak bangkitkan soal kita sangat sibuk dengan kerja kita itu yang sudah bercanggah dengan tujuan kita hidup sekarang.

Hidup kita bukan untuk jadi peguam, polis, guru, pelajar, ahli perniagaan tetapi hidup kita adalah menjadi Hamba Allah. Allah Maha Penyabar dan sebab itu bila kita tidak melakukan apa yang diperintahkan Allah tidak terus menghukum kita.

Saya membuat post entri ini bukan bererti saya seorang yang warak atau alim tetapi ia hanya sebagai tazkirah buat diri saya sendiri. Kehebatan yang Allah jadikan kita dengan ada tangan dan ada sifat anggota yang sempurna ini membuatkan kita jika dihalusi secara dalam dalaman, jauh tidak terhitung besarnya nikmat dibandingkan dengan apa yang Allah perintah pada kita untuk kita laksanakan.

Saya pun tidak pasti dan tidak sedar bagaimana saya boleh berada di Sabah. Itu semuanya takdir dan Allah telah tetapkan. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk ke Sabah tetapi Allah telah takdirkan saya untuk bertemu dengan Hajah Subtoria.

Semoga Allah permudahkan lagi segala urusan dan jika diizinkan in Shaa Allah saya dapat pergi ke Tawau Sabah lagi. Pada 10 hb Februari ini ada kursus di Pejabat saya di Putrajaya. Saya tahu hari itu adalah hari orang sibuk nak bercuti. Jadi saya tunggu jika sesiapa berminat untuk membuat recharge dan tambah ilmu.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved