ads

Khamis, 14 Mac 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Warm Bodies <b>Papar</b> Kisah Cinta Zombie - Gua.com.my

Posted: 14 Mar 2013 12:14 AM PDT

Filem Warm Bodies karya pengarah, Jonathan Levine ini tidak begitu berbeza jika dibandingkan dengan filem zombi yang lain. Bagaimanapun, filem yang diadaptasikan dari novel nukilan Isaac Marion ini ada kelainan kerana menonjolkan aspek komedi dan romantis.

Mengisahkan tentang satu kelompok manusia yang dilanda virus zombi dan banyak bandaraya yang telah musnah akibat jangkitan wabak tersebut. Salah seorang zombie R,(Nicholas Hoult) telah jatuh cinta dengan seorang gadis, Julie Grigio (Teresa Palmer) setelah memakan otak teman lelaki Julie.

Ini kerana zombi-zombi yang memakan otak mangsa mereka dapat merasai kenangan dan memori yang tersimpan di dalam otak tersebut. R yang secara tidak sengaja telah mengimbas kembali kenangan antara Julie dan teman lelakinya, R tergerak hati untuk menyelamatkan Julie dari dimakan oleh zombie-zombi yang lain.

Satu keistimewaan R berbanding zombie-zombi yang lain ialah dia mampu bercakap dan berkomunikasi dengan manusia. Setelah banyak menghabiskan masa bersama, maka terbit rasa cinta di antara Julie dan R. Hubungan cinta mereka ini mendapat tentangan daripada bapa Julie yang begitu gigih membanteras zombie.

Selain sifatnya yang berbeza dengan zombie-zombi yang lain, R turut memiliki sifat-sifat manusia normal seperti mempunyai perasaan. Walaupun sesetengah babak seperti tidak masuk dek akal, namun Warm Bodies dilihat mampu membuatkan penonton ketawa dengan keletah-keletah lucu beberapa karakter. Malah, penonton juga akan bersimpati dengan R.

Warm Bodies bakal berada di pawagam mulai 14 Mac ini dan dijangka lebih diminati oleh golongan remaja yang turut meminati filem seperti Twilight Saga. Secara peribadi, GUA berpendapat tidak rugi membelanjakan sedikit wang untuk menonton filem ini. Jalan ceritanya ringan dan menghiburkan.

Filem : Warm Bodies

Dibintangi oleh : Nicholas Hoult, Teresa Palmer, John Malkovich, Dave Franco, Analeigh Tipton

Genre : Fiksyen romantik

Rating : 3.5 / 5

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved