ads

Rabu, 6 Februari 2013

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Warga Emas, Ibu Tunggal Diraikan <b>di Sipitang</b> - Tv3

Posted: 10 Aug 2012 04:42 AM PDT

10/08/2012 19:42:00

SIPITANG 10 Ogos - Bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi terus memberi berkat dan manfaat serta limpahan rezeki buat mereka yang tidak berkeupayaan apabila golongan asnaf itu terus menerus mendapat bantuan sewajarnya.

Tidak ketinggalan di Lumadan, dekat sini golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim piatu dan lain-lain turut mendapat limpahan rezeki bulan yang penuh berkat apabila mereka diraikan dalam majlis Ziarah Ramadan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Kamarlin Hj Ombi.

Bertempat di Masjid Kampung Bukau, Kamarlin serta pimpinan Kemajuan Rakyat Kawasan Lumadan turut berbuka puasa, solat maghrib, isya' dan terawih secara berjemaah bersama penduduk setempat.

Terdahulu berucap di majlis tersebut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Sipitang mengingatkan umat Islam setempat agar memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan barakah itu.

"Bulan Ramadan bukan sahaja untuk mempertingkatkan ibadah namun ianya juga wadah untuk menjalin hubungan harmoni di samping memperkukuhkan perpaduan melalui pelbagai program yang dijalankan di masjid dan surau di kawasan masing-masing sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.

Kata beliau lagi dengan adanya program seumpama itu, ianya akan dapat membantu meningkatkan lagi hubungan antara satu sama lain sekaligus melahirkan masyarakat setempat yang harmoni.

Wanita Umno <b>Sipitang</b> &#39;Salam Sayang&#39; <b>di</b> KDM Lumadan, Beaufort <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 07:14 PM PST

 SERAH…Sapawi diperhatikan oleh Muanam dan Surinah (kanan) menyampaikan beg dan bendera tanda semboli sempena program 'Salam Sayang' Wanita Umno Sipitang.

LUMADAN: `Usah termakan dengan segala janji yang ditabur oleh pembangkang.'

                Nasihat itu diluahkan oleh Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad kepada penduduk yang hadir pada program Salam Sayang di kediaman Ketua Daerah Mengundi Lumadan, Muanan Mujiaryo di sini kelmarin.

                Program anjuran Wanita Umno Sipitang itu turut dihadiri oleh Ketua Daerah Mengundi Lumadan Muanam Mujiarto, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Penolong Setiausaha Wanita Umno Sipitang Dayang Surinah Mohd Karim, Ketua-Ketua Cawangan Umno Lumadan serta AJK Wanita Umno Sipitang.

                Sapawi berkata apa yang dijanjikan oleh pembangkang adalah janji kosong dan ianya boleh dilihat dengan jelas di beberapa negeri yang dikuasai oleh mereka.

                "Rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang ketika ini tampil menuntut segala janji yang ditabur oleh pembangkang pada pilihan raya lepas dan janji seumpama inilah juga yang ditabur oleh mereka kepada rakyat negeri ini," katanya.

                Beliau memberitahu pemimpin pembangkang yang datang berceramah ke negeri ini adalah mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam Kerajaan Barisan Nasional dan Umno.

                Katanya sewaktu memegang jawatan itu, mereka tidak pun pernah teringin untuk masuk kampung di negeri ini.

                "Jangankan dijemput secara formal, untuk datang sendiri pun tidak teringin...mereka ini bukannya berkeinginan untuk menemui rakyat khususnya di luar bandar dan mereka datang ketika ini cumalah untuk membohongi rakyat.

                "Perjuangan mereka bukanlah untuk rakyat tetapi untuk kepentingan mereka sendiri," katanya dan menambah rakyat negeri ini harus tidak mencontohi rakyat di beberapa negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

                Katanya rakyat di negeri berkenaan telah merasa bahang pembohongan tersebut dan telah sedar bahawa keputusan yang mereka buat adalah silap.

                Menurutnya apa yang berlaku kepada rakyat berkenaan dalah contoh terbaik kepada rakyat negeri ini.

                Beliau berkata pelbagai cerita mengenai rakyat di negeri tersebut boleh dilihat menerusi media-media massa dan elektronik yang disiarkan.

                Katanya macam-macam perkara yang ditimbulkan oleh rakyat dan semuanya berkaitan dengan janji pembangkang kepada mereka dan janji itu tidak satupun yang ditunaikan.

                "Jangan terpengaruh dengan pembangkang dan jangan menjadi seperti rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang...saya yakin rakyat negeri ini adalah bijak dan tahu membuat penilaian terbaik dan akan membuat keputusan tepat dengan mengekalkan BN sebagai peneraju kerajaan," katanya lagi.

  

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved