ads

Rabu, 6 Februari 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Pemuda BN Sabah yakin pertahan parlimen <b>Penampang</b> : The <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 08:32 PM PST

Kota Kinabalu, 17 Jan: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah yakin kerusi Parlimen Penampang akan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke-13 sekalipun digembar-gembur pembangkang sebagai kawasan 'kelabu'.

Ketuanya Datuk Awang Kadin Tang berkata tindakan pembangkang menguar-uarkan Penampang bukan lagi kawasan selamat BN adalah sekadar gimik politik untuk mengelirukan pengundi.

"Apa yang nyata ialah BN semakin kuat di kawasan Parlimen Penampang, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan saya yakin dengan kerjasama semua sayap Pemuda komponen BN, kerusi Parlimen Penampang akan terus kekal di tangan BN," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pemuda BN Penampang, di sini malam tadi.

1 (4)

Kerusi Parlimen Penampang kini disandang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok.

Mengulas lanjut, Awang Kadin berkata Pemuda BN Sabah akan memperhebat kempen mendekati pengundi muda 'atas pagar' dalam usaha membantu BN meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Penampang, Hafiz Sua Abdullah memberi jaminan akan memberi sokongan padu kepada Dompok jika beliau dicalonkan semula di kawasan Parlimen Penampang.

Beliau berkata sejak pilihan raya umum 2008, BN telah membawa banyak pembangunan di kawasan Penampang, dan berharap rakyat Penampang akan terus memberi sokongan padu kepada BN demi masa depan yang lebih cerah. — BERNAMA

Category: Bahasa Malaysia News

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved