ads

Sabtu, 26 Januari 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


DAP menggerakkan Islamophobia <b>di Sabah</b>, Sarawak dan <b>...</b> - MyKMU

Posted: 23 Jan 2013 01:28 AM PST

January 23, 2013   ·   1 Comments

Nampak parti DAP dan kepimpinannya bersungguh sungguh hendak menumbangkan kerajaan Melayu Islam dan kemudiannya menggantikan dengan sebuah lagi parti yang bertopengkan Islam melalui kerjasama sementara.

Tanpa memperdulikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang telah dikecapi berpuluh puluh tahun, parti DAP memilih untuk menggunakan strategi keji seperti perkauman dan keugamaan untuk meraih sokongan dan kemenangan.

Saya akan cuba memperincikan dan mendedahkan kaedah yang sedang digunapakai oleh parti DAP yang sungguh rasis ini.

Kalimah ALLAH – cubaan oleh kepimpinan DAP untuk menggunakan kalimah suci tersebut dalam kitab Bible bagi menggantikan perkataan Tuhan dari terjemahan God.

Strategi ini mempunyai kaedah serampang 2 mata dimana matlamat akhirnya akan menarik sokongan pengundi kristian kepada parti DAP.

Pertama, ia berupaya menambah keyakinan penganut Kristian Malaysia bahawa ajaran ini boleh dikembangkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Kedua, jika terdapat tentangan hebat seperti demonstrasi, pergaduhan, serangan terhadap gereja, pembakaran Bible dan sebagainya, ia akan mengundang rasa benci dan marah penganut Kristian terhadap orang Melayu dan Islam.

Ini akan menguntungkan politik DAP.

Royal Commission of Inquiry berkenaan pemberian kerakyatan kepada pendatang dari Filippina di negeri Sabah juga merupakan agenda halus dari DAP.

Umum mengetahui hampir semua pendatang (pelarian perang) tersebut telah berada di negara ini semenjak tahun 70-an lagi dan majoritinya berugama Islam.

DAP dengan jahatnya cuba menjadikan pemberian kerakyatan ini seperti satu jenayah keji dan bermotifkan agama.

DAP berharap dapat menarik sokongan pengundi Kristian di Sabah, kununnya parti Kerajaan Pusat cuba meng-Islamkan Sabah dengan memberikan kerakyatan kepada pelarian perang dari Filippina ini.

Isu isu seperti terjemahan God dan RCI di Sabah jika gagal difahami dengan jelas oleh penduduk negeri Sabah dan Sarawak akan membawa bencana kepada rakyat Malaysia yang berugama Islam.

Peralihan sokongan politik oleh bumiputera Sabah dan Sarawak terutamanya bumiputera Kristian daripada parti kerajaan kepada parti DAP akan mengancam kestabilan dan keamanan negara.

Parti PAS akan menjadi satu parti boneka dalam pakatan kerana terpaksa bergantung kepada sokongan parti DAP untuk kekal berkuasa dalam barisan kerajaan yang baru jika ditakdirkan pakatan parti parti pembangkang ini memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan.

Parti DAP akan muncul sebagai parti yang amat berkuasa sekali kerana parti DAP bukan sahaja mendapat sokongan majoriti pengundi Cina dan India tetapi juga bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Parti Pas mahupun UMNO, jika cita cita dan rancangan jahat DAP untuk menimbulkan rasa benci dan takut terhadap Islam dikalangan pengundi Malaysia berjaya, maka benarlah orang Melayu akan hilang kuasa politik mereka di tanahair tumpah darah mereka sendiri.

Rancangan Islamophobia DAP ini dibantu lagi dengan keghairahan kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan dan Kedah memperkenalkan undang undang yg kununnya "Islam" seperti isu salon unisex dan garispanduan persembahan Tahun Baru Cina.

Orang Melayu perlu bersatu padu menangani usaha untuk "demonise" akan ugama Islam oleh parti DAP.

Janganlah terlampau gilakan kedudukan didunia, mengejar kejayaan sementara tetapi ibarat menang sorak kampung tergadai.

This post was submitted by Dacing.

By


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved