ads

Jumaat, 25 Januari 2013

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


UMNO Online - 160 Pemilik Sawah <b>Di Kota Belud</b> Terima Insentif <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 03:58 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

160 Pemilik Sawah Di Kota Belud Terima Insentif Pengurusan Berpusat NKEA

KOTA BELUD, 24 Dis – Seramai 160 pemilik sawah di sini hari ini menerima insentif pengurusan berpusat Bidang Ekonomi Utama Negara (Pertanian) EPP 11 sebanyak RM809 seekar atau RM2,000 sehektar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, berkata matlamat EPP 11 Kota Belud, yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, adalah untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi dan dilaksanakan secara berperingkat.

"Peringkat pertama disasarkan bermula pada minggu ketiga bulan depan dengan keluasan 800 hektar melibatkan seramai 762 pemilik sawah di Kampung Taun Gusi Kerajangan, Taun Gusi Padang dan Jawi-Jawi (di Kota Belud).

"Pelaksanaannya sehingga 2020 yang menyasarkan keluasan sebanyak 5,000 hektar," katanya.

Yahya berkata kerajaan akan terus mencari kaedah dan pendekatan terbaik dan sesuai untuk membela nasib rakyat khususnya dalam meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi mereka.

Berita Bertarikh Pada 24 December 2012 7:58 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved