ads

Isnin, 10 Disember 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Usaha Penjawat Awam Persekutuan dan <b>Negeri Sabah</b> Selari <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 04:37 PM PST



KOTA KINABALU, 20 Nov- Usaha secara berpasukan antara penjawat awam Persekutuan dan Negeri di Sabah dalam menjayakan agenda pembangunan kerajaan selari dengan konsep 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berterima kasih dan mengucap tahniah kepada penjawat awam berkenaan atas sokongan, dedikasi dan komitmen tinggi dalam memastikan pencapaian cemerlang negeri.

"Sejak memegang amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri, saya melihat semangat kerjasama yang padu antara para penjawat awam Negeri dan Persekutuan.

"Saya amat berpuas hati dan percaya bahawa penjawat awam menjalankan tugas dengan satu matlamat yang sama, iaitu untuk memajukan dan memakmurkan lagi negeri Sabah yang tercinta ini," katanya pada Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Sabah di sini Selasa.

Musa berkata hasil kerjasama tersebut, prestasi pembangunan negeri dalam pelbagai sektor semakin memberangsangkan dan turut mencipta kejayaan.-BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved