10 di tenom - Google Blog Search |
sabahkini.net: PENYELUDUPAN ROKOK DAN ARAK <b>DI TENOM</b> Posted: 09 May 2012 03:07 AM PDT SAYA telah membuat laporan polis bernombor TENOM/RPT/0704/2012 berhubung tindakan pihak berkuasa menghalang saya berniaga dan Skandal Penyeludupan di rokok dan arak di Tenom. Menurut berita yang saya terima daripada salah seorang pelanggan saya, bahawa saya tidak dibenarkan membuat perniagaan rokok dan minuman keras di Tenom; sebaliknya polis membenarkan orang lain menjalankan bisness tersebut kecuali saya. Saya berpendapatan polis telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan hanya memberhentikan perniagaan saya, sedangkan orang lain masih meneruskan perniagaan mereka. Selain itu, saya juga tidak dibenarkan mengambil stok dari pelabuhan Sipitang manakala orang lain dibenarkan berbuat demikian. Saya sangat tidak berpuas hati cara pihak berkuasa menangani perkara ini. Jika saya tidak dibenarkan berbuat bisness ini, maka semua orang patut diberhentikan. Untuk pengetahuan pihak umum, terdapat lebih kurang 10 buah lori yang mengangkut muatan rokok dan minuman keras dari Lawas ke Tenom serta 10 bot muatan rokok dan minuman dari Labuan belabuh di Lawas setiap hari; tetapi yang menghairankan ialah pihak polis tidak mengetahui hal ini. Pihak polis dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sepatutnya memberhentikan kegiatan ini sama sekali dan bukan hanya memberhentikan saya seorang sahaja. Oleh itu, saya inginkan penjelasan daripada pihak polis dan APMM mengenai perkara ini. Saya berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menjalankan penyiasatan terhadap mereka yang telah menyalahgunakan kuasa mereka. Surat ini disalinkan kepada; CC : Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Tatatertib) – Polis Diraja Bukit Aman CC : Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza Bin Taib – Polis Diraja Negeri Sabah CC : Pengarah Polis Diraja Malaysia - Putra Jaya CC : Pengarah Maritim Negeri Sabah CC : Pengarah Maritim Malaysia - Putra Jaya CC : Tuan Hj Jalil Bin Hj Jaaffar – SPRM KK CC : Timbalan Pengarah Operasi – SPRM Putra Jaya CC : Tuan Dr. Jonathan Kandok – Kastam Negeri Sabah CC : Pengarah Kastam Malaysia - Putra Jaya CC : DSP Mazlan Bin Mohamed Lazim – Pegawai Polis Daerah Tenom CC : Pengarah Maritim WP Labuan |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan