ads

Khamis, 9 Ogos 2012

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


TOWER OF HEAVEN / MENARA KAYANGAN <b>LAHAD DATU</b>

Posted: 30 Jul 2012 03:10 PM PDT

Actually sudah lama mahu buat entry ini, tapi seperti biasa, gambar terbiar berkurun lamanya dalam folder lappy dan akhirnya sehabuk entry pun ta tertaip. Bila taip, idea yang mulanya mencurah-curah ke ladang gandum..tetiba hilang semuanya..lepas tu terus save as draft, logout blogspot. keke. 
Btw, tujuan tulis entry ini adalah untuk bagi tips untuk yang mahu datang ke sabah, especially daerah Lahad Datu. Bila google "tempat-tempat menarik di Lahad Datu", memang takkan jumpa. yang merapu-rapu yang akan keluar, means, bukan yang kamu cari kan. Sebabnya masa kawan-kawan dari KL datang sabah, sy google punya google sebiji pun ta jumpa. keke..*mahu juga di google, padahal daerah sendiri kowt* kekek. So lepas ni kalau google "Tower Of Heaven" ada juga la keluar informasi dari blog picisan ini kan? haha. 
So, untuk pengetahuan kamu, Tower Of Heaven yang lebih manis disebut sebagai Menara Kayangan ni salah satu tarikan terbaru di Lahad Datu yang baru dibuka bulan Mac 2012. 
Bagi yang tidak berkesempatan masuk ke Lembah Danum, bolehlah datang Tower Of Heaven. Sebabnya lebih dekat dari lembah danum, ta perlu sehari suntuk untuk sampai. :D. 
880km dari aras laut, kamu yang datang pasti teruja dengan ke-awesome-man pemandangan laut. Terasa macam laut tu terapung di awan-awangan. That's why they call this place Tower of Heaven. rasanyalah. keke.
Dekat atas pun sejuk, tidaklah sesejuk Kundasang @ Genting dan Cameron kan. Tapi, masih dapat rasa kabus lalu di muka, bolehlah lari-lari kejar kabus. hahaha. Sedap mata memandang, hati pun rasa sejuk dan tenang menikmati panorama indah di sana. *terasa diri ini sungguh skema <_<. kekeke*
Sambil-sambil duduk dekat bench yang disediakan. mode jiwa klasik pun terus timbul. haha. Landskap kawasan rehat di situ ala-ala dekat Kinabalu Park. :) 
Jarak dari bandar Lahad Datu 10km, kalau dari rumah saya, kawasan bandar Sri Perdana, terasa amat dekat sekali. kekeke. Borak-borak dalam kereta, sudah sampai. Kira-kira 15 minit begitu untuk sampai ke pintu gerbang TOH. Masuk ke dalam yang jauh, nak sampai ke simpang memang dekat.. keke. jalan kaki pun boleh, haaa gitu~~Btw, sebelum masuk haruslah kena beli tiket.

Jalan masuk agak berliku sebab banyak bukit-bukit yang tinggi dan curam. Jalan masuk bukan macam jalan masuk Genting, 2 way dan agak lebar. Yang ini, kena pro yang bawa kereta, kalau saya yang hanya ada lesen basikal, memang terus menjunam ke laut. keke.seram juga ooo.. Tapi kalau naik kereta besar macam Prado si Afi @ Ninja King kamu tu, memang rasa jalan tu lurus saja. hahaha. >_<
Ini kali kedua datang sini, pertama kali datang untuk outdoor shooting causin saya. bawa dan guna Hana untuk shooting, supaya Hana excellent. boleh saya jadi pro-photog nanti. ekeke..so datang situ, berlagak macam pro la kononnya. padahal menembak sesuka hati. yang penting gambar lawa. *kononnya la*ekekeke. 
Datang dengan causin dan adik saya sekali..This is my first time wearing hijab outdoor. maksud saya yang jauh-jauh la kononnya. Agak tidak selesa, but I'd try my best :) It's gonna be ok and I'm sure I'll be more comfortable sooner. Fighting! 
Malangnya adik saya yang bongsu pulang dengan muka mencuka. tanya dya kenapa? dya jawab 

"Tiada pun harimau, tiada pun gajah, nda best."

hahaha. adik saya cakap begitu sebab sepanjang perjalanan masuk dorang ada letak signboard tepi jalan setiap 1 km,

"Awas, binatang buas melintas". tempek gambar harimau, gajah segala. 

Kan sudah bagi harapan pada budak-budak kecil. keke. Actually memang ada haiwan-haiwan liar sebab di situ kan kawasan hutan simpan....tapi dalam hutan lorh. keke.kang keluar gajah betul-betul. kan susah. 
Kali kedua datang dengan teman-teman yang tersayang. keke. Pagi-pagi buta lagi sudah ke sana. Sekali keluar simpang rumah, terus lapar, nasib baik Multi Bake buka pagi-pagi lagi. :p.Kononya pemandangan cantik waktu pagi-pagi. Bila sampai sana, memang sejuk, kabus tebal. sebabnya, mahu hujan, haha. >_<. Pemandangan laut pun ta berapa nampak. So, kami pun main rumah-rumah atas menara kayangan. Di atas menara tu, ada satu pondok, di bahagian bumbung. Kena memanjat tangga, baru dapat naik. yang pakai skirt, maxi-dress, jangan harap dapat panjat naik. keke. :D. Cerita-cerita kosong..kosong..kosong di atas sambil buat sesi photography. Kak Mar kami yang cantik itu bawa Nikon nya sekali. Kami geng Nikon. ahaks! Tapi sedihnya, kami ni tiada tripod.guna kasut kak Mar pun bolllehh~~haha. 

Sebab angin kuat, kami semua cakap menara tu macam goyang..budak ni sorang yang ta rasa apa-apa..siap fokus supaya dapat rasa menara tu goyang. puahaha.>o<
Bila Afi sudah pegang camera, memang macam pro. erk! 
 sampai awkward dua orang ni pose. haha. 
Dekat tengah hari baru pulang, ta terasa 3 jam di atas. keke :D. 
sebelum pulang kami ikut laluan tracking trail. Tengok-tengok tumbuh-tumbuhan gitu :D.
Tapi yang paling mearik perhatian ialah sign board di situ. Rasa mahu ketawa pecah perut pun ada. 
 kekeke. siapa ta perasaan perkataan melucukan di situ, memang ta ada sense of humour. *ada kaitan ka tu* haha. >_<

 Owh sungguh panjang entry ini. sarat dengan gambar. saja guna fade style untuk setiap gambar. mahu warm effect kononnya. keke. 
Btw, singgahlah sini kalau datang Lahad Datu :D. Ta rugi RM2 kamu. 

Video Tembak Menembak <b>Di Lahad Datu</b> | ! Terbelog.com

Posted: 24 May 2012 09:20 PM PDT

P.S : Suka hati diorang je. Ingat kat kat Iraq ke?? Ada sumber mengatakan penembak adalah warga asing. Agak-agak kalau korang anggota polis. Berani tak bertugas di situ


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved