ads

Rabu, 30 Mei 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


Orang Utan <b>Kinabatangan</b> Maki Hamun Dan Mencarut <b>Di</b> Twitter

Posted: 14 May 2012 01:40 AM PDT

Orang Utan Kinabatangan Maki Hamun Dan Mencarut Di Twitter

KUALA LUMPUR 14 Mei: Biadap dan kurang ajar. Mungkin begitulah yang dapat dihuraikan tentang sikap seorang Ahli Parlimen BN apabila mencarut dan memaki hamun pengguna lain di twitter.

Ahli Parlimen berkenaan, Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah bersikap kebudak-budakan apabila menggunakan perkataan kesat di laman sosial itu.

Antara perkataan yang digunakan termasuk 'anak haram' 'jahanam' 'menyalak sampai mampus' dan menggelar pengguna twitter yang menegur atau menyindirnya sebagai 'binatang'.


Antaranya berbunyi: "ANAK HARAM KO..JAHANAM DARI mana pula ni", "MENYALAK LAH KO..mcm ANJING..Aku peduli apa?" dan "KO LAH BINATANG tu".

Malah beliau juga secara angkuh menyatakan dirinya calon boleh menang selain percaya undinya akan bertambah pada pilihan raya umum akan datang.

"PRU13 undi saya akan meningkat, ko tanding mana pula, berangan2 jadi yb juga kah hahaha..kesihan," antara kenyataannya dipetik di twitter yang ditujukan kepada seorang pengguna lain.

Sikap kebudak-budakan Bung Mokhtar itu turut mencuri perhatian pengguna di laman sosial itu yang menegur sikap beliau sebagai seorang pemimpin dan wakil rakyat BN.

Mokhtar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN di Parlimen sebelum ini sering mencetuskan isu kontroversi.

Antaranya beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap wanita dengan menyebut 'bocor', selain menunjukkan isyarat lucah di Dewan Rakyat.

Tulisan Bung yang juga suami kepada pelakon terkenal, Zizie Ezzete ini juga mencuri perhatian, ekoran perkataan kesat yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melontarkan perkataan 'Haram Jadah' baru-baru ini.



http://www.keadilandaily.com/?p=30384


Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah <b>Kinabatangan</b>

Posted: 07 May 2012 05:00 AM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, nilai kesenian Islam yang tinggi mampu menjadi wadah memajukan sahsiah diri yang mulia serta minda yang hebat ke atas seluruh ummah berasaskan penghayatan serta  mengembangkan ajaran Islam, agama suci di sisi Allah SWT.
Beliau yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, keupayaan menguasai segela bentuk ilmu serta bidang kesenian di dalam Islam itu mampu meletakkan setiap  individu ummah mendepani dunia global, sekaligus bersikap bijaksana dalam menjana  wahdah dan kesatuan di kalangan umat Islam di mana juga.
"Saya bersyukur dan berbangga kerana pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (Jaheins) daerah Kinabatangan bersama-sama warga kerajaan dan Ngo's di kawasan ini terus berganding bahu menjayakan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Kinabatangan bagi tahun ini.
"Festival mengabungkan Majlis Tilawah Al-Quran, Marhaban, Berzanji, Nasyid dan Kompang ini satu rangkuman program yang bukan saja mampu menjadi wadah memperkasakan pengetahuan asas-asas penting dalam meningkat amalan rukun Islam, tetapi bereranan besar dalam mengembangkan syiar Islam di negeri ini," katanya.
Berucap merasmikan Festival Islam Peringkat Daerah Kinabatangan 1433/2012 di Dewan Serbaguna Program Perumahan Masyarakat Sukau (PPMS) di sini pada Selasa, Saddi berkata, usaha murni itu perlu mendapat sokongan padu masyarakat Islam di daerah Kinabatangan.
Kata Saddi,  usaha sedemikian bukan semata-mata untuk mempamerkan bakat kesenian yang mampu dimiliki oleh kalangan remaja dan belia Islam setempat, tetapi menjadi wadah membina sahsiah dan jati diri dengan keupayaan menonjolkan keperbadian dan akhlak umat Islam yang mulia.

Tambah Saddi, Festival Islam yang diadakan setiap tahun di daerah ini lebih disifatkan sebagai menifestasi akan keluruhan dan kecintaan kerajaan dan umat Islam yang dipadukan sebagai menyahut seruan agama.
Ianya turut menterjemahkan keazaman pihak kerajaan untuk terus menjadikan agama Islam sebagai tunggak penting dalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan bagi membangunkan negara khususnya dalam daerah ini.
Tambahan lagi, kata Saddi, program seumpama itu buat julung-julung kalinya dianjurkan di dalam kawasan Dun Sukau yang sudah pasti mampu menarik minat serta azam yang tinggi di kalangan masyarakat Islam setempat dan menjadi landasan ianya mampu dianjurkan di mana juga di kawasan ini. 
"Yang penting, program seperti ini samada dijayakan oleh pihak jabatan yang berkaitan atau mana-mana badan, ianya mampu mencapai matlamatnya ke arah menyatu serta membangunkan ummah, sekaligus  menanamkan rasa cinta pada ilmu agama di semua peringkat usia  kepada masyarakat Islam seluruhnya," kata Saddi.
Ke arah menjadikan program seumpama itu mencapai sasarannya, kata Saddi, beliau mengajak pihak penganjur program tahunan ini meningkatkan azam dan perancangan yang berkesan, terutama dalam mempastikan penyertaan di kalangan belia Islam di daerah ini mencapai jumlah yang dibanggakan.


Pada majlis itu, Saddi mengotakan janjinya untuk menyampaikan nilai hadiah wang tunai sebagaimana yang dijanjikannya sebelum ini bagi semua acara yang diadakan, semata-mata untuk memberi peransang bagi menjayakan program seumpama itu pada masa akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved