10 di tenom - Google Blog Search |
UMNO Online - Pemuda <b>Tenom</b> Peringkat Akhir Persediaan Hadapi <b>...</b> Posted: 26 Apr 2012 11:54 PM PDT Kategori Dari BahagianPemuda Tenom Peringkat Akhir Persediaan Hadapi PRU 13TENOM, 27 April – "Ya Kami Bersedia! " demikian diungkapkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenon, Jamawi Jaafar kita ditanya persediaan Pemuda UMNO bahagian itu bagi menghadapi PRU ke 13 yang kini berada di ambang pertembungan dengan pakatan pembangkang. Tambahnya Pergerakan Pemuda UMNO bahagian ini telah melakukan segala pesediaan termasuk membentuk bilik gerakannya di setiap daerah mengundi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan hanya menunggu semboyan dibunyikan bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di seluruh negara. Menurut Jamawi peranan Pemuda UMNO dan BN dalam menghadapi pilihan raya umum, yang dianggap getir dalam sejarah itu, adalah sangat besar dan sebab itu persediaan menghadapinya dilakukan dengan sebaik mungkin. "Kita sudah bertemu dengan semua jentera pemuda termasuk ahli ahli parti di peringkat cawangan dalam program turun padang sebelum ini dan persiapan kini di tahap yang tinggi," katanya ketika ditemui selepas menghadiri beberapa mesyuarat cawangan pergerakan pemuda secara berkelompok. Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, berkata, jentera-jentera Pemuda UMNO di semua peringkat di bahagian itu, sudah lama bergerak bagi memastikan kemenangan BN yang lebih besar pada PRU akan datang. Tambah beliau, persediaan sayap Pemuda UMNO sendiri sudah berada di peringkat akhir dan hanya perlu sedikit penambahbaikan supaya segala tugas yang diberikan dapat dijalankan dengan licin dan lebih tersusun. "Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan kepada semua jentera pemuda agar tidak terlalu obses dengan tarikh pilihan raya kerana ia boleh menjejaskan fokus untuk bekerja dengan lebih kuat", katanya. Menurut beliau apa yang penting ialah semua perlu berusaha dalam usaha memastikan kejayaan BN yang lebih cemerlang dalam PRU-13 nanti khususnya kawasan Tenom adalah antara penyumbang utamanya kejayaan BN dalam PRU kali ini dengan mengekalkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen. Ketika diminta sokongan pengundi Muda kepada BN Jamawi berkata, sokongan rakyat khususnya pengundi muda di negeri ini kepada BN masih kuat dan padu dengan semangat serta penyertaan mereka dalam setiap program yang dianjurkan oleh parti BN Beliau turut menyangkal pendapat beberapa pihak yang mengatakan sokongan pengundi muda kini lebih terarah kepada pembangkang. "Mereka (golongan muda) merasakan BN sebagai kerajaan yang mengambil berat kepentingan rakyat termasuk golongan muda di negeri ini dalam pelbagai peluang, bantuan dan program kerajaan BN yang tidak meminggirkan kepentingan golongan ini" katanya Ini menurut Jamawi selaras dengan gagasan BN yang memulakan rancangan meremajakan parti dan kerajaan di mana peranan orang muda mendapat pengiktarafan dari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak sebagai presiden UMNO dan Pengerusi BN "Namun dalam menentukan agenda parti siapa sahaja calon yang diletakkan oleh kepimpinan parti dan berpotensi untuk menang, pemuda akan terus memberikan sokongan padu bagi mempastikan BN terus memerintah serta melaksanakan pelbagai program pembangunan demi kemajuan dan kesejehteraan negara dan rakyat" jelasnya lagi. Berita Bertarikh 27 April 2012 (4 Hari Lalu) Pada 2:54 PM |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan