ads

Isnin, 30 April 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Majalah HIJABISTA, <b>papar</b> fesyen berhijab Malaysia

Posted: 18 Apr 2012 12:00 AM PDT

Majalah HIJABISTA merupakan majalah baru Kumpulan Media Karangkraf  dan juga majalah pertama di Malaysia mengfokus cita rasa, peneraju arah serta inspirasi kepada dunia fesyen berhijab/bertudung
Majalah HIJABISTA muncul secara bulanan bagi membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini. 
Edisi pengenalan keluaran April 2012, akan berada di pasaran selama dua bulan sebelum kemunculan isu pertama iaitu pada bulan Julai 2012.
Dalam konteks lain,HIJABISTA merujuk kepada stail dan fesyen berhijab dari hujung rambut ke hujung kaki.

Selari dengan konsep, HIJABISTA mempertaruhkan 'tagline' yang berbunyi STAILO & SOPAN.
 
Gaya hijab kini telah beralih angin dari 'tudung langsung pakai' ke lilitan selendang atau skarf di kalangan generasi muda.
Menyentuh tentang pengisian HIJABISTA pula, 70 peratus terdiri daripada fesyen semata-mata dan "yang pasti, ia padat, berinformasi dan paling afdal, rujukan utama bagi si manis  berkarakter berani yang ingin berkarya daripada segi penampilan.
Dapatkan majalah  HIJABISTA di pasaran sekarang!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved