10 di tawau - Google Blog Search |
Jawatankuasa Bertindak Pantau Penyiapan Projek Perumahan <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 02 Apr 2012 05:25 AM PDT Kategori Dari BahagianJawatankuasa Bertindak Pantau Penyiapan Projek Perumahan Di TawauTAWAU, 2 April – Sebuah jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan bersama oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Ismail Mayakob ditubuhkan bagi memantau kelancaran pembinaan perumahan Taman Apas Permai di Km 19, Jalan Apas di sini. Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau dan Anggota Dewan Undangan Negeri Apas berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah perlu bagi memastikan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) itu, dapat menyiapkannya selewat-lewatnya tahun depan. "Menurut kontraktor yang terlibat, Blok B telah siap 100 peratus dan akan diserahkan pada Jun, Blok A (80 peratus siap) akan diserahakan pada Oktober atau November depan, sementara Blok C sudah siap 45 peratus," katanya pada majlis dialog bersama SPNB, pihak kontraktor dan pembeli di tapak projek berkenaan di sini hari ini. Menurut Tawfiq, jawatankuasa berkenaan antara lain akan memantau serta mengenal pasti masalah teknikal yang menghambat kelancaran penyiapan projek perumahan berkenaan yang sepatutnya siap pada Oktober 2010, namun ia tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan bakal penghuni rumah tersebut. Antara agensi yang menganggotai jawatankuasa bertindak yang dibentuk selepas perjumpaan dan dialog selama kira-kira jam itu ialah Majlis Perbandaran Tawau, Jabatan Kerja Raya (JKR), Bomba dan Penyelamat, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta SPNB sendiri. Ketua Pegawai Operasi SPNB, Maszirul Arlinza Awaluddin berkata SPNB akan memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi membayar pampasan kepada pembeli yang telah dikenal pasti seperti terkandung dalam perjanjian jual beli perumahan berkenaan. Katanya pembayaran tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Perumahan Taman Permai mengandungi 856 buah rumah jenis mampu milik kos rendah dan sederhana rendah bernilai antara RM50,000 hingga RM110,000 dan 10 buah kedai yang mula dibina pada tahun 2007. Berita Bertarikh 2 April 2012 (3 Minggu Lalu) Pada 8:25 PM |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan