10 di papar - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » IKS <b>di Papar</b> berkembang hasil bantuan kerajaan Posted: 18 Apr 2012 04:12 PM PDT You are here: Home / Dalam Negeri / IKS di Papar berkembang hasil bantuan kerajaan PAPAR 18 April – Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan. Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora. Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan. Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof, 61, dari Kampung Laut di sini turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjahit baju dan membuat kerja-kerja kampung lain. Namun, ia masih tidak mencukupi. Berkat sokongan suami tercinta dan anak-anak, beliau memulakan perniagaan membuat kuih tradisional seperti kuih lidah, cincin dan belacan secara kecil-kecilan dengan modal permulaan hanya sekitar RM200 sahaja. Dipetik dari Utusan Malaysia |
Bilis <b>Di</b> Mandahan, <b>Papar</b> Dikatakan Berkualiti Tinggi | my.Mustaffa Posted: 08 Feb 2012 05:30 PM PST TIDAK TERLALU MASIN – Hujung minggu lepas berkesempatan untuk membawa keluarga jalan-jalan makan angin di sekitar Papar dan Bongawan. Sepanjang perjalanan buah durian memang banyak dijual di tepi jalan. Maklum sajalah, musim durian di Sabah sekarang. Selain pemandangan gerai buah durian sepanjang jalan, saya tertarik dengan gerai-gerai yang menjual ikan bilis sepanjang jalan dari Pekan Bongawan ke Pekan Papar. Terdapat beberapa jenis ikan bilis yang dijual dan masing-masing dengan tawaran harga yang menarik. Kebetulan juga bekalan ikan bilis di rumah kehabisan stok. Jadi kami singgah di salah sebuah gerai yang terletak di Kampung Mandahan. Ikan bilis di sini dikenali ramai kerana bersih,tidak terlalu masin, tiada bahan pengawet serta rangup bila digoreng. Harga iklan bilis juga bergantung kepada bekalan yang ada. Jika bekalan banyak, maka murahlah harga dan begitu juga sebaliknya.
Selain ikan bilis, belacan dan ikan kering; sayuran tempatan juga ada dijual. Bolehlah merancang hidangan yang enak bila sampai di rumah setelah penat berjalan. Bagi yang tiada rancangan lain ke sini, anda bolehlah terus ke Pantai Kenangan di Bongawan. Gambar Di Gerai Ikan BilisVN:F [1.9.16_1159] VN:F [1.9.16_1159] |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan