10 di tenom - Google Blog Search |
PENDUDUK KG MASANOI <b>TENOM</b> DAKWA <b>...</b> - SILOU BAH INI... Posted: 07 Mar 2012 12:52 AM PST Penduduk Masanoi dakwa 'permainan kotor' dalam isu tanah 77 ekar mereka KOTA KINABALU 7th March, 2012: Masalah tanah seluas 77 ekar terletak di Kampung Masanoi di Tenom bertambah rumit apabila 'pemilik baru' mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan semula tanah itu. Akibat ketiadaan jalan penyelesaian, saman itu dibuat untuk mendapatkan perintah semua mereka yang menduduki tanah itu di mana 120 penduduk kampung dari sembilan keluarga juga kekal dengan tuntutan mereka setelah mendakwa telah tinggal di situ sejak 1954 lagi. Bagaimanapun, penduduk kampung yang diketuai oleh Hj. Ariffin Abdullah @ Arot, 63, tetap dengan tuntutan mereka dan tidak akan meninggalkan seinci pun tuntutan mereka yang didakwanya 'dirompak di siang hari.' Mereka mendakwa mereka menjadi mangsa 'tipu helah' oleh seorang atau lebih yang tahu tentang status tanah itu yang mereka pohon semasa pemerintahan kerajaan Berjaya di bawah pimpinan ketua menteri ketika itu Datuk Harris Salleh (sekarang Tan Sri). Mereka mendakwa semua transaksi tentang, pemindahan dan penjualan tanah dilakukan secara 'penipuan' dan tidak mematuhi peraturan kerajaan yang memberikan tanah itu kepada mereka yang tidak bertanah terutama sekali kaum Murut yang tinggal di kawasan itu. "Kami akan terus perjuangkan hak tanah ini…nenek moyong, datuk-datuk dan ibu bapa kami telah tinggal di sini sejak sekian lama…empat generasi telah tinggal di sini dan merekalah yang membuka tanah di sini untuk tujuan penanaman getah sejak 1954 lagi," tegas Haji Ariffin. "Kami juga membuat tuntutan Hak Tanah Adat (NCR) sebagai tambahan kepada permohonan tanah kami yang kami kemukakan sejak 1967 untuk tanah itu dikeluarkan dari konsesi Ladang Estet Barlow, yang kami tahu diluluskan oleh pengurus ladang ketika itu, J.T.W Welden melalui resit rasmi (No. 00672)," jelasnya. "Kami sekarang dalam dilema tentang masa depan kami sama ada kami akan diminta atau dipaksa mengosongkan tanah ini oleh 'pemilik tanah baru' dan kami juga tidak tahu ke mana mahu pergi, dari itu kami akan terus perjuangkan tanah ini," kata Haji Ariffin. Beliau menjelaskan tanah itu diberikan oleh Tan Sri Harris untuk tujuan mewujudkan kampung bersepadu di mana sebuah surau telah dibina dan lot-lot perumahan telah diberikan kepada 100 saudara baru Islam untuk memulakan kehidupan baru mereka. Beliau menjelaskan mereka difahamkan tanah itu untuk saudara-saudara baru untuk tinggal, memulakan penternakan atau menanam getah yang mereka telah lakukan lebih 58 tahun lalu. Dari siasatan rambang menunjukkan terdapat penempatan sudah lama di kawasan itu atau pembukaan penanaman getah berdasarkan saiz-saiz getah yang besar dijumpai di kawasan itu. Adalah difahamkan pengeluaran geran tanah dikeluarkan pada 1980 (30 Oktober 30) oleh Jabatan Tanah dan Ukur tetapi di atas tiga pemegang amanah, bekas pegawai daerah Tenom bersama dua yang lain. Mereka telah diberikan tanggungjawab oleh Harris untuk menguruskannya dengan jabatan dan pihak berkuasa terbabit untuk mendapatkan pemilikan tanah untuk penduduk kampung dan juga untuk memantau penubuhan kampung bersepadu itu. Untuk tempoh 30 tahun para penduduk diminta untuk bersabar apabila mereka bertanyakan masalah itu kepada ketiga-tiga mereka tentang kemajuan dan kedudukan tanah itu. Akhinrya pada 2010 mereka dikejutkan apabila dimaklumkan tanah yang mereka duduk itu telah dijual kepada pihak ketiga iaitu pemilik tanah sekrang. Sejak dari itu, penduduk kampung berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah itu dengan menulis surat kepada Jabatan Tanah dan Ukur Tenom tetapi mereka diberitahu tanah itu sudah berpindah kepada pemilik tanah baru. Penduduk kampung kemudiannya membuat laporan polis awal tahun ini yang meminta polis menjalankan siasatan dan campur tangan berhubung perkara ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di kampung itu. Sekarang lebih 100 golongan mualaf itu akan mengambil tindakan lebih drastik kerana mereka sudah pun menulis surat kepada Yang di-Pertua Negeri, Ketua Menteri, Wakil-wakil Rakyat dan Ahli Parlimen mereka untuk campur tangan tentang isu ini. "Kita akan mengambil langkah drastik sekiranya hak kita terus dicabuli dan tidak diberikan perhatian oleh pihak berkuasa," kata haji Ariffin. Ruangan Bahasa Malaysia akhbar ini (New Sabah Times) telah menyiarkan tentang isu ini pada 21 Mei 2010 tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Kg. Masanoi ini tetapi sehingga hari ini isu ini belum lagi diselesaikan. |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan