10 di sipitang - Google Blog Search |
Najib Rasmi Projek SAMUR Petronas <b>Sipitang</b> Pada 16 Februsri Ini <b>...</b> Posted: 06 Feb 2012 07:49 AM PST TINJAU….Musa diiringi oleh Sapawi sambil diberi perjelasan Oleh M. Shariff Ibrahim Ketua Perhubungan Negeri Projek SAMUR Petronas ketika meninjau tapak perasmian Projek SAMUR Petornas Di Kampung Banting, Sipitang. SIPITANG: Persediaan telah dilaksanakan bagi menyambut kehadiran pemimpin nombor satu negara ke daerah sini pada 16 Februari nanti. Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata persediaan yang dibuat itu termasuklah penyediaan untuk kemudahan orang ramai. "Beberapa kemudahan akan dibuat untuk orang ramai bagi membolehkan mereka hadir menyambut kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sipitang," katanya ketika ditemui selepas meninjau tapak Projek Urea dan Amonia (SAMUR) Petronas bersama Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan rombongan Petronas di Kampung Banting dekat sini kelmarin. Perdana Menteri dijangka akan merasmikan projek tersebut yang disifatkan oleh Sapawi sebagai salah satu mercu tanda pembangunan dan kemajuan di Sipitang. Sapawi memberitahu projek yang bernilai RM4.6 billion itu akan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi rakyat di dedah tersebut. "Kita berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana memilih Sipitang untuk pelaksanaan projek tersebut dan kita yakin tempias pembangunan ekonomi itu akan turut dirasai oleh rakyat," katanya lagi. Beliau seterusnya melahirkan harapan agar rakyat di Parlimen Sipitang akan turut hadir pada perasmian itu nanti. |
You are subscribed to email updates from di sipitang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan