10 di papar - Google Blog Search |
Bilis <b>Di</b> Mandahan, <b>Papar</b> Dikatakan Berkualiti Tinggi | my.Mustaffa Posted: 08 Feb 2012 05:30 PM PST
TIDAK TERLALU MASIN – Hujung minggu lepas berkesempatan untuk membawa keluarga jalan-jalan makan angin di sekitar Papar dan Bongawan. Sepanjang perjalanan buah durian memang banyak dijual di tepi jalan. Maklum sajalah, musim durian di Sabah sekarang. Selain pemandangan gerai buah durian sepanjang jalan, saya tertarik dengan gerai-gerai yang menjual ikan bilis sepanjang jalan dari Pekan Bongawan ke Pekan Papar. Terdapat beberapa jenis ikan bilis yang dijual dan masing-masing dengan tawaran harga yang menarik. Kebetulan juga bekalan ikan bilis di rumah kehabisan stok. Jadi kami singgah di salah sebuah gerai yang terletak di Kampung Mandahan. Ikan bilis di sini dikenali ramai kerana bersih,tidak terlalu masin, tiada bahan pengawet serta rangup bila digoreng. Harga iklan bilis juga bergantung kepada bekalan yang ada. Jika bekalan banyak, maka murahlah harga dan begitu juga sebaliknya.
Selain ikan bilis, belacan dan ikan kering; sayuran tempatan juga ada dijual. Bolehlah merancang hidangan yang enak bila sampai di rumah setelah penat berjalan. Bagi yang tiada rancangan lain ke sini, anda bolehlah terus ke Pantai Kenangan di Bongawan. Gambar Di Gerai Ikan Bilis |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan