ads

Selasa, 4 Oktober 2011

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Tiga Jalan raya utama <b>di kota Kinabalu</b> akan jadi tumpuan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 10:45 PM PDT

No of View :955

Tiga jalan raya utama yang sering berlaku kemalangan maut di sini akan diberi lebih tumpuan sepanjang Ops Sikap kali ke-24 pada kali ini.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata jalan yang dimaksudkan itu ialah Jalan Tuaran, Jalan Tuaran Bypass dan juga Jalan Tun Fuad Stephen.

"Ketiga-tiga jalan berkenaan menjadi tumpuan Ops Sikap pada kali ini memandangkan jalan berkenaan adalah jalan utama yang menyumbang kepada kes kemalangan maut di bandaraya ini sepanjang Januari hingga Julai tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan Jalan Tuaran iaitu bermula dari stesen minyak Shell Karamunsing hingga lampu isyarat Batu 5 mencatatkan empat kes maut dan 13 kes cedera parah.

Sementara itu, bagi Jalan Tuaran Bypass yang bermula dari lampu isyarat Batu 5 hingga ke lampu isyarat Jalan Tuaran Bypass mencatatkan dua kes maut dan lima kes cedera parah.

Manakala bagi Jalan Tun Fuad Stephen yang bermula dari bulatan Perkasa hingga ke lampu isyarat Yayasan Sabah, sebanyak lima kes kemalangan maut dan empat kes kecederaan parah dilaporkan berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, Sofi berkata enam kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya juga akan diberikan penguatkuasaan khusus sepanjang Ops Sikap kali ini.

"Antara kesalahan yang akan diberi penguatkuasaan khusus ialah mengakibatkan kemalangan jalan raya, pandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat kampu merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan yang menggunakan lorong kecemasan.

"Kadar kompaun saman ke atas semua enam kesalahan terbabit juga tidak akan dikurangkan," katanya menambah kabinet sebelum ini juga telah meluluskan pengurangan had laju sebanyak 10 kilometer sejam bagi semua jalan persekutuan dan jalan negeri.

Sementara itu, Sofi memberitahu sebanyak 26 kemalangan maut dilaporkan berlaku di daerah berkenaan sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 3,053 kes kemalangan yang berlaku di Kota Kinabalu sepanjang tempoh berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved