10 di kinabatangan - Google Blog Search |
SabahKita.Net » Polis <b>Kinabatangan</b> jadi barua penjenayah Posted: 02 Oct 2011 08:54 PM PDT Oleh : Haji Hamzah Abdullah PADA 26 September 2011, saya telah mengutus surat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dengan sesalinannya kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Osman Jamal. Dalam surat tersebut saya menyatakan kepada Tan Sri Ismail tentang penglibatan segelintir pegawai polis dari Balai Polis Daerah Kota Kinabatangan yang menganiaya para peneroka di kawasan Koyah Bersatu; justeru memohon campurtangan beliau bagi menyiasat, serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas kezaliman yang dilakukan oleh pegawai-pegawai terbabit. Pada 1 Oktober 2011, saya telah melawat kawasan Koyah Bersatu, bertemu para peneroka berkenaan, melihat dan mendengar sendiri keperitan yang mereka hadapi setiap hari berdepan dengan suasana penganiayaan oleh pegawai-pegawai polis terbabit. Para peneroka di kawasan yang dimaksudkan telah menduduki kawasan berkenaan secara sah, permohonan mereka untuk menjadi pekebun kecil telah dibuat pada zaman kerajaan Berjaya ketika Ketua Menteri masa itu, Datuk Harris Salleh, telah memperuntukkan sejumlah hampr 1 juta ekar di bawah Skim Pekebun Kecil (Small Holders Scheme) dengan matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah. Datuk Zaki Gusmiah, ADUN Sukau pada masa itu telah menyokong sepenuhnya permohonan para peneroka ini. Ini bererti para peneroka ini telah menduduki secara sah, lengkap dengan dokumen permohonan tanah (P.T.) yang telah dimajukan dan diterima oleh Jabatan Tanah, Kota Kinabatangan untuk tempoh hampir 30 tahun! Episod malang menimpa para pekebun kecil ini apabila tanah yang dipohon seawal pemerintahan Berjaya, mendapat kelulusan tetapi geran-geran tanah mereka 'disambar' oleh seorang tauke Cina, Ang Hong Swee yang mendakwa sebagai Anak Negeri secara dokumen (Anak Negeri 'By Document') dan bukan melalui pertalian 'darah' (Anak Negeri 'By Document' and not 'By Blood'). Anak Negeri palsu yang memang terkenal dengan 'link' pihak atasan di Jabatan Tanah serta mempunyai sahabat dari kalangan anggota dan pegawai polis telah memperalatkan dua orang pegawai polis dari Balai Polis Kinabatangan, yang bernama Sarjan Ismail dan seorang yang bernama Hilme. Kedua-dua pegawai inilah yang telah bertindak bagi pihak tauke Anak Negeri palsu ini menggertak dan mengancam para peneroka di kawasan Koyah Bersatu. Para peneroka memberitahu saya bahawa Sarjan Ismail dan yang berenama Hilme (saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa Hilme ni berpangkat Inspektor dan berasal dari sebuah negeri di utara Semenanjung) telah menyumbat seorang pekebun kecil selama 5 hari di lokap Balai Polis Kinabatangan tanpa sebab dan tanpa reman daripada Majistret. Sarjan Ismail dan Hilme ini jugalah yang memberi amaran kepada para peneroka supaya tidak mengalihkan batu sempadan (Boundary Stone) kerana Sarjan Ismail akan bertindak meletakkan batu sempadan yang baru. Semuanya dilakukan oleh Sarjan Ismail bagi mempastikan 'Nafsu Sarakah' tauke Anak Negeri palsu ini menguasai lot-lot peneroka yang telah ditanam dengan kelapa sawit tercapai. Modus operandi yang dilakukan oleh Sarjan Ismail dan anggota yang lain amat mudah iaitu merampas tanah-tanah peneroka melalui batu sempadan yang akan mereka tanam secara palsu dalam kawasan yang bukan merujuk kepada lot-lot peneroka. Seorang peneroka, Hasmiati binti Rustam dan mendududki Lot 52, mempunyai geran tanah sah bernombor 095312744, tetapi bakal dirampas oleh tauke Anak Negeri palsu ini dengan dibantu oleh Sarjan Ismail serta seorang pencacai tauke bernama Osman Enting, atau lebih dikenali sebaga Tabu. Ketua Polis Negara mempunyai tanggungjawab moral bagi memperbetulkan kepincangan ini sesuai sebagaimana saranan yang sering dilaungkan bahawa 'rakyat juga mempunyai tanggungjawab bersama' bagi mengurangkan kes-kes jenayah dinegara ini. Nah! sekarang, apa yang dilakukan oleh segelintir anggota polis ini adalah suatu jenayah yang tidak bermoral dan bercanggah dengan lafaz ikrar dalam piagam pelanggan Jabatan Polis. Kita sama-sama tunggu dan lihat sejauh mana Tan Sri Ismail benar-benar komited untuk membersihkan imej Jabatan Polis yang semakin tercalar. (NOTA : Hj Hamzah Hj Abdullah merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, merangkap YDP Pas Kawasan Batu Sapi.) |
BLOG MIK: Bung Mokhtar <b>Kinabatangan</b> Akan TEWAS Sekiranya <b>...</b> Posted: 06 Sep 2011 09:40 PM PDT Anwar Ibrahim menghabiskan masanya selama beberapa hari menjual minyak pelincir di Sabah dan Sarawak. Bersama sama dengan Khalid Gagap Menteri Selangor, mereka berdua telah melakukan "tour Aidil Fitri" dan difahamkan bajet sebesar RM1 Juta telah dibelanjakan dalam kunjungan mereka ke Sabah dan Sarawak… Tak tahu dari mana Khalid Gagap dapat dana, tetapi semua peruntukan telah diturunkan kepada Ketua-Ketua Cabang PKR. Mereka senyum sampai ke telinga…! Wow! Hebat sungguh peruntukan Anwar dan Khalid Gagap. Mantap….! Apakah bajet dan dana Selangor yang digunapakai? Atau Anwar sudahpun secure allocation daripada orang luar dalam berdepan dengan PRU13. Anwar nampak yakin sangat…. Nampaknya, Anwar dan Khalid Gagap sudahpun memberi perhatian khas kepada Sabah dan Sarawak dalam sambutan idulfitri kali ini. Banyak dana Selangor yang dibawa ke Sabah dan Sarawak, secara khusus dalam membulatkan semula tekad untuk 'change' yang berjaya dibawa oleh DAP sebelum ini dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu. Dalam mesyuarat dan pertemuan pimpinan Pakatan Rakyat; DAP secara khusus menyatakan rasa kecewa kerana kurang mendapat bantuan komponen dalam menarik undi masyarakat bukan Cina di Sarawak. DAP mahu PKR memberikan tumpuan lebih – setelah PAS gagal berbuat demikian dalam PRN Sarawak. Sambutan di Sabah nampak lebih hebat berbanding Sarawak. Ini berdasarkan maklumat dalaman yang diberikan kepada blog ini. Mereka yakin, BN Sabah akan terus berdepan dengan krisis dalaman menjelang PRU13 nanti. Anwar secara peribadi – memaklumkan bagaimana UMNO Sabah sudah terpecah 3. Satu milik Musa Aman. Satu milik Shapie Apdal. Dan satu lagi kelompok LIAR yang sedia nak melompat pada bila-bila masa. Anwar ulang skrip 16hb September….!! Anwar mahukan PKR memperkukuh jentera parti di peringkat paling bawah. Antara kawasan yang paling berpotensi untuk menang adalah PAPAR! Anwar jelaskan bagaimana Rosnah Shirlin akan menjadi liabiliti kepada UMNO jika terus bertanding di Papar. Menarik ulasan Anwar – termasuk bagaimana Kinabatangan juga akan tumbang jika UMNO menggunakan calon sama. sumber - Blog Gelagat Anwar |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan