ads

Khamis, 8 September 2011

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Hub pendidikan <b>di Sandakan</b> sudah siap 80 peratus

Posted: 07 Sep 2011 04:02 PM PDT

SANDAKAN 7 Sept. — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman hari ini berkata, projek pembinaan hub pendidikan di Sungai Batang dekat sini berjalan lancar dan sudah 80 peratus siap.

Beliau berkata, pembangunan hub yang antaranya menempatkan cawangan kolej dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

"Ketika ini kerja-kerja menaik taraf jalan raya, pemasangan paip air dan penyambungan elektrik giat dijalankan oleh pihak kontraktor dan dijangka siap mengikut jadual," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman di sini.

Antara institusi pengajian tinggi yang membuka cawangan di hub itu ialah Sekolah Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah, Maktab Rendah Sains Mara dan Politeknik Sandakan.

Musa berkata, apabila siap kelak, hub pendidikan itu akan memberi kemudahan pembelajaran bukan sahaja kepada penduduk setempat tetapi juga seluruh Malaysia.

Katanya, daerah itu juga akan menerima kesan positif daripada segi ekonomi hasil pembangunan hub yang merupakan sebahagian daripada Koridor Pembangunan Sabah. — BERNAMA

Dipetik dari Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved