ads

Khamis, 8 September 2011

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


Penduduk <b>Kota Marudu</b> menikmati kemudahan dua jalan berturap <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 09:24 PM PDT

Posted on September 8, 2011, Thursday

KOTA MARUDU: Ribuan penduduk Kota Marudu dan beberapa perkampungan sekitarnya akan menikmati kemudahan dua jalan berturap tar, satu daripadanya dijangka siap dalam tempoh 10 bulan dan satu lagi dalam tempoh dua tahun tahun.

Jalan Tagaroh sejauh 3.7km dijangka siap dalam tempoh 10 bulan manakala Jalan Lubuk Buyut sepanjang 9.2km dijangka siap dalam tempoh dua tahun, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili ketika melancarkan kerja menaik taraf kedua-dua jalan itu di sini kelmarin.

Katanya, kedua-dua projek itu yang bernilai RM43 juta adalah sebahagian daripada program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur luar bandar.

"Dua projek ini akan memberi manfaat kepada ramai pengguna jalan dan penduduk 10 buah kampung di sekitar Kota Marudu," kata Ongkili.

Sebatang jalan lagi di Kota Marudu yang telah dinaik taraf telah siap dibina manakala dua lagi akan juga dinaik taraf, katanya. — Bernama

GERAKAN ANTI PKR: ANAK BUAH ANWAR MENGAMUK <b>DI KOTA</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2011 06:00 PM PDT

KOTA MARUDU 16 Julai: Seorang remaja berumur15 tahun dicekup selepas dipercayai meliwat rakannya yang berumur 10 tahun di tepi sungai Kampung Marasimsim, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dikatakan pergi ke tepi sungai kampung itu untuk menemui rakan-rakannya yang bercadang untuk mandi bersama termasuk suspek.
Kemudian suspek dikatakan menemui mangsa untuk mengajaknya mandi bersama di sungai berkenaan. Tanpa prasangka buruk terhadap suspek, mangsa kemudian mengikuti suspek untuk pergi mandi di sungai berkenaan.
Sebelum mangsa turun ke sungai untuk mandi, suspek dikatakan bertindak memegang kedua-dua tangan mangsa sebelum meliwatnya. Bagaimanapun, ketika itu mangsa cuba melawan, namun tidak berdaya menyebabkan suspek terus meliwatnya. Kemudian suspek dikatakan mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada orang ramai.
Bagaimanapun, sebaik mangsa pulang ke rumahnya, ibu mangsa berusia 49 tahun terkejut melihat anaknya menangis dan bertanyakan sebabnya. Pada mulanya, mangsa enggan memberitahu, namun selepas diasak berulang kali, mangsa kemudian memberitahu bahawa dia diliwat oleh rakannya.
Terkejut dengan pengakuan anaknya itu, ibunya kemudian bertindak melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, sebelum membawa mangsa ke Hospital Kota Marudu untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan Polis masih menjalankan siasatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved