10 di keningau - Google Blog Search |
Keuskupan <b>Keningau</b> Menjadi Tuan Rumah Mesyuarat RBC Ke <b>...</b> Posted: 20 Aug 2011 09:00 AM PDT
Kewujudan RBC di rantau ini bertujuan untuk mengongsikan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pastoral Alkitab kepada umat Katolik sesuai dengan ajaran Vatikan II. Selaras dengan tujuan ini, RBC memperbaharui semangat dalam perancangan dan membuat laman Alkitab agar ianya dapat dilayari dengan lebih mudah. Perancangan Komisi telah bermula dengan halaman blog yang memberi keutamaan untuk menyebarkan pesanan Hari Minggu Alkitab dan bahan-bahan terbitan RBC. Melalui laman web tersebut, umat boleh memperdalamkan pengetahuan tentang Alkitab. Cabaran lebih dialami oleh pihak yang menggunakan medium Bahasa Melayu, disebabkan semua bahan harus diterjemahkan dari Bahasa Inggeris. Namun ianya bukanlah perkara yang boleh menghalang pembelajaran Alkitab. Masalah ini boleh merangsang semangat untuk menambahkan usaha mempertingkatkan terjemahan dan dalam masa yang sama menggalakkan umat untuk memperdalamkan Bahasa Inggeris melalui pembelajaran Alkitab.
Manakala, ceramah kedua yang bertajuk "Tuhan yang Berbicara" telah disampaikan oleh Bishop Cornelius Sim dari Apostolic Vikariate Brunei. Ceramah ini diambil dan diterjemahkan dari Post-Synodal Exhortasi, oleh Bapa Suci Benedictus XVI (Pope's Post-Synodal Exhortation), "Verbum Domini". Serba sedikit pembahagian Bishop Sim, beliau membincangkan perjalanan iman dan bagaimana Allah berbicara dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Kristus hadir dan berbicara pada kita setiap kali SabdaNya dibaca atau didengar oleh umat. Oleh sebab itulah, keutamaan haruslah diberikan pada Liturgi Sabda yang dibaca sebelum masuk pada Konsekrasi dan Komuni semasa Perayaan Ekaristi. Diantara isu yang bangkit dalam sesi soal jawab adalah 1) Kekuatiran tentang penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah bagi pelajar yang ingin mengambil peperiksaan 'Bible Knowledge'. Ini boleh menjejaskan markah keseluruhan pelajar SPM, mengakibatkan penyisihan pembelajaran Alkitab. 2) Permintaan Alkitab dalam Bahasa Melayu Malaysia, versi Katolik dalam bentuk digital menerima permintaan yang berleluasa. 3) RBC diminta agar menganjurkan lebih banyak program pembelajaran Alkitab dalam Gereja. (Pelayanan RBC dalam Gereja senantiasa mencabar setiap ahlinya yang telah menghadiri mesyuarat untuk memperbaharui semangat dan untuk terus menganalisis, memperdalami serta memperjuangkan keutamaan dalam menganjurkan program Alkitab dengan lebih sistematik dan efektif untuk semua umat Katolik.) Di sediakan oleh: EL Keuskupan Keningau |
You are subscribed to email updates from di keningau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan