ads

Selasa, 19 Julai 2011

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


KERAJAAN &#39;DOUBLE STANDARD&#39; - Dewan Pemuda PAS <b>Negeri Sabah</b>

Posted: 07 Jul 2011 02:26 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menjunjung titah perintah Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin di atas keprihatinan Baginda terhadap BERSIH 2.0. Keprihatinan ini dapat dibuktikan apabila Baginda memberi ruang kepada rakyat iaitu penganjur BERSIH 2.0 untuk menghadap  Baginda di Istana Negara baru-baru ini. Sejajar dengan itu, DPPNS menghargai tindakan Yang Dipertuan Agung selaku pemimpin tertinggi negara di atas sokongan Baginda kepada BERSIH 2.0

DPPNS begitu komited bagi mewujudkan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini selaras dengan tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0. Maka dengan itu, DPPNS telah menghantar seramai 300 orang pemudanya ke Kuala Lumpur bagi menyatakan kebersamaan dan sokongan dalam usaha bagi memastikan sistem pilihanraya di negara ini benar-benar dalam keadaan yang membanggakan serta boleh dijadikan contoh terhadap negara lain.

DPPNS juga menyelar tindakan pihak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang masih lagi bersikap 'double standard' dimana mereka masih meneruskan membuat tangkapan secara berleluasa termasuk di Sabah kepada penyokong-penyokong kempen BERSIH 2.0 walaupun pihak penganjur BERSIH 2.0 telah diperkenankan menghadap Yang Dipertuan Agung. Tindakan pihak kerajaan ini seolah-olah menggambarkan tidak menghormati tindakan dan usaha Yang Dipertuan Agung sebagai ketua negara Malaysia.

Maka untuk memastikan kelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, DPPNS menyeru semua ahli PAS Sabah mengadakan solat hajat selama dua malam berturut-turut di semua markas-markas PAS Kawasan di seluruh negeri Sabah agar Allah SWT memberi pertolongan serta kemudahan pada perhimpunan aman BERSIH 2.0. DPPNS juga menyeru kepada rakyat di negeri Sabah agar memakai baju berwarna kuning pada 9 Julai 2011 nanti bagi menyatakan tanda sokongan rakyat terhadap tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 ke arah pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

Lahirul Bin Latigu

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved