ads

Selasa, 19 Julai 2011

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Wakaf Masjid <b>Penampang</b>: TERKINI WAKAF MASJID <b>PENAMPANG</b>

Posted: 15 Jul 2011 10:44 PM PDT

WAKAF MASJID PENAMPANG

Assalamualaikum wth wbh.

Syukur Al-hamdulillah, Wakaf Masjid Penampang maju selangkah lagi, setelah memungut Dana Wakaf daripada masyarakat Islam umumnya , daripada hasil dana tersebut, Jawatankuasa Wakaf telah membeli sebidang tanah berkeluasan 1.44 ekar yang terletak di sawah padi, Penampang By Pass dengan harga RM563,000.00 pada Disember 2010 yang lalu . Tanah tersebut telah di amanahkan kepada tiga orang pemegang amanah terdiri daripada ahli jawatankuasa sebelum di serahkan kepada JHEAIS sepenuhnya.

Bagi tuan-puan, muslimin muslimat yang baru membaca blog ini, tanah atau tapak lokasi masjid tersebut terletak di Jalan Penampang By Pass (Donggongon-Lido), sawah padi sebelah kiri. Ada sebuah pokok mati sebagai 'mark' tapak tersebut. Dan Insya-Allah pada rancangan Malaysia ke 11 nanti, tidak jauh daripada tapak masjid ini akan didirikan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Penampang, juga di kawasan sawah padi ini juga. Mudah-mudahan projek Kementerian Pelajaran ini juga akan berjaya dilaksanakan di Penampang ini.

Insya-Allah sekiranya tidak ada halangan, pada bulan Julai dan Ogos 2011 ini, kami akan berusaha untuk menambak tapak masjid tersebut dengan dana yang ada, supaya masyarakat Islam umumnya akan maklum tapak masjid tersebut. Upacara pecah tanah akan di laksanakan pada Syawal ini atau September 2011. Majlis tersebut akan dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah sendiri selaku penaung projek ini.

Salam Tahziah kepada keluarga Tuan Haji Ir Dzulkarnain Datuk Dzulkifli, di Kampung Likas, beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa masjid Penampang kerana telah kehilangan isteri tercintanya 14 Julai yang lalu kerana diserang sakit cancer, semoga roh Allahyarhamah bersama para Muttaqin dan Solihin di Jannah Allah SWT. Jenazah di solatkan selepas solat Zohor di Masjid Kampung Likas, serta di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Likas. Sekalung Al-Fatihah untuk Allahyarhamah.

Muslimin-Muslimat yang di rahmati Allah, Sasaran dana masjid ini adalah sebanyak RM6.5 juta. Untuk didirikan masjid dua tingkat beserta sekolah agama rakyat. Dana ini masih lagi belum mencukupi, di alu-alukan kepada sekalian Muslimin Muslimat yang ingin mewakafkan harta ke dalam program wakaf masjid ini, moga-moga sumbangan tuan-puan akan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Pungutan dana masih dilaksanakan, untuk memudahkan urusan dana, tuan-puan / muslimin muslimat boleh membuat derma wakaf terus ke akaun kami, "Tetuan Wakaf Majid Penampang", pihak kami menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad. No akaun seperti tertera di blog ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved