ads

Ahad, 10 Julai 2011

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: HOSPITAL <b>NABAWAN</b> TETAP DIBINA

Posted: 09 Jul 2011 07:26 PM PDT


RODA…. Jailani Pangias mencuba kerusi roda yang disumbangkan oleh Kurup.

Oleh : ROZIE JUMAT

AHLI Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup memberi jaminan projek Hospital Daerah Nabawan tetap akan dilaksana dan diteruskan kerana beliau sangat mengambil berat pelaksanaan pembinaan hospital yang terbengkalai dan menjadi isu pembangkang di Nabawan dan sekitarnya.

"Sebelum ini saya telah datang sendiri ke tapak itu dan menemui pekerja di tapak tersebut. Sehingga menyebabkan ada orang tidak senang dengan kehadiran saya ke tapak itu, tapi saya harus mendapatkan gambaran sebenar mengapa pelaksaanan projek itu mengambil masa yang sangat lama," kata Kurup ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg.Sabinait Baru.

Beliau kemudiannya menemui pihak Kementerian Kesihatan selepas melawat tapak hospital tersebut.

Katanya, hasil perjumpaan dengan pihak berkaitan, beliau diberitahu kontraktor bagi projek itu telah ditamatkan.

"Kita merayu agar projek yang sangat diperlukan ini dilaksana dengan secepat mungkin kerana ramai rakyat memerlukan hospital ini," kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Katanya, beliau difahamkan projek itu akan dibuka untuk ditender semula.

"Rakyat di kawasan Nabawan mahu tahu bila tender itu akan dibuat, kita mahu hospital ini dibina pada tahun ini juga," kata Kurup.

BORANG….. Kurup menerima borang kemasukan keahlian PBRS dari Kg Sabinait Baru diketuai oleh Angusi Bangali.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, beliau turut berasa kecewa dengan kelewatan projek yang sangat diperlukan di kawasannya itu.

Sempena majlis itu Kurup turut menerima borang keahlian PBRS yang diketuai oleh Angusi Banggali selain menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Jailani Pangias yang lumpuh sejak 4 tahun yang lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved