ads

Sabtu, 12 April 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Pelancong China, pekerja resort diculik <b>di Semporna</b>

Posted: 02 Apr 2014 08:00 PM PDT

KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita warga China dan seorang lelaki warga Filipina dipercayai diculik sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah resort berhampiran Pulau Bum-Bum, Semporna, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu disahkan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek, sebentar tadi.
Menurut sumber, pelancong wanita dan lelaki yang berusia lingkungan 30-an terbabit diculik sekumpulan lelaki bersenjata yang menggunakan bot laju.

Difahamkan juga, lelaki warga Filipina yang diculik itu merupakan pekerja di resort berkenaan.

Katanya, selain dua mangsa terbabit, terdapat sekumpulan pelancongan China juga berada di resort berkenaan namun kesemua mereka terselamat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dijangka akan membuat sidang media berhubung kejadian itu, hari ini. -WB

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved