ads

Jumaat, 11 April 2014

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Kes culik <b>di Semporna</b>, empat ditahan - The Borneo Insider

Posted: 04 Apr 2014 01:30 AM PDT

Mereka tidak mempunyai dokuman perjalanan atau pengenalan diri.

KOTA KINABALU: Empat individu termasuk tiga wanita ditahan, petang kelmarin, bagi membantu siasatan kes culik membabitkan pelajar wanita dari China dan seorang pekerja resort di Singgamata Reef Resort, Semporna, malam Rabu lalu.

Empat individu berusia antara 20-an hingga 40-an terbabit ditahan di resort berkenaan dan difahamkan kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan terperinci masih giat dijalankan.

"Empat individu itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes culik terbabit," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Gao Hua Yuan, 29, pelajar universiti dari China dan seorang lagi pekerja resort berkenaan, Marcy Dayawan, 40, warga Filipina, dilarikan sekumpulan lelaki yang bersenjatakan pistol.

Kumpulan lelaki yang dianggotai tujuh individu lengkap bersenjata itu dikatakan telah datang ke resort berkenaan menggunakan sebuah bot jenis kayu.

Difahamkan juga, kumpulan terbabit turut mengeledah resort berkenaan sebelum melarikan dua mangsa lalu menuju keluar daripada perairan Semporna.

Dipercayai pada masa kejadian itu, seramai 61 individu berada di resort terbabit dengan 59 daripadanya adalah warganegara China, satu daripada Iran manakala seorang lagi merupakan warga tempatan.

Selain itu, seramai kira-kira 47 kakitangan resort berkenaan turut berada di situ ketika kejadian berlaku.

Dalam sidang media kelmarin, Hamza tidak menolak kemungkinan wujudnya orang dalam yang menjadi dalang kes culik terbabit.

Beliau turut percaya penculikan itu adalah culikan rambang dan bermotifkan untuk mendapatkan tebusan atau secara teorinya adalah `kidnapped for ransom' (KFR).-WB

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved