10 di lahad datu - Google Blog Search |
GEMPAR! - Ikan Naik Kedarat <b>Di Lahad Datu</b> Apakah Bencana <b>...</b> Posted: 24 Dec 2013 05:32 AM PST TAOTAUAJER - Satu fenomena aneh yang menggemparkan berlaku di Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut. Mungkin ramai yang tau dimana kejadian ini pernah berlaku pada tahun 2004 yang menyebabkan bencana alam yang dahsyat berlaku di Acheh. Pada 26 Disember 2004 kejadian ini belaku mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya yang meragut beribu-ribu nyawa di Acheh dan juga tempiasnya ke Malysia. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai. Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi. Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan. "..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat. "Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. "Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya. Selain daripada itu, apa yang pelik adalah tarikh kejadian ini adalah hampir dengan kejadian yang pernah mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah pada 26 disember 1996 apabila di landa Ribut Greg. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar. Fenomena ikan naik darat di Lahad Datu ini juga berkemungkinan terjadi sebab kelmarin ada gempa bimi berskala kecil berlaku di filipina dan laluan pusat gempa tu sejajar arah kinabatangan SUMBER : Sinarharian ,Carigold TAOTAUAJER : Bagi yang tidak pernah menyaksikan kejadian ini pasti akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa |
Kes Ikan Terdampar <b>di</b> Pantai <b>Lahad Datu</b> Angkara UFO atau <b>...</b> Posted: 25 Dec 2013 09:39 AM PST Kejadian ribuan ikan terdampar di tepi pantai adalah satu fenomena yang jarang sekali kita lihat . Dulu masa kejadian tsunami , ikan2 yang nampak di pantai tu adalah disebabkan air laut ditarik ke 'belakang' untuk sementara waktu sebelum hempasan maha hebat berlaku , bila ini berlaku fenomena air laut 'surut' melampau akan terjadi sebab tu kita boleh nampak ikan2 terdampar di pantai2 . Walau bagaimanapun, melalui apa yang diceritakan tentang kejadian di Lahad Datu ialah ikan2 ini berenang ke kawasan pantai dan ia hanya terdiri dari satu spesies saja iaitu ikan tamban . Maka nak katakan ia 'petunjuk' kepada gempa bumi atau tsunami mungkin agak jauh sekali tetapi mungkin ada petunjuk2 yang lain ? Dalam pemikiran penulis, persoalan yang timbul ialah kenapa ikan tamban ? dan bukan dari spesies2 ikan yang lain ? dan kenapa hanya berlaku di Lahad Datu ? Dari situ mungkin pengkaji2 dalam bidang marine boleh buat kajian yang lebih mendalam dengan mengambilkira parameter2 seperti faktor cuaca, mukabumi , kesan2 peninggalan sisa2 bukan organik dan lain2. Dari laporan Bernama , Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengesahkan kes ikan terdampar bukan kerana gempa bumi ; 'Kes ikan terdampar bukan kerana gempa bumi' Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, Kita dikatakan mampu melihat alam yang satu lagi bila frekuensi diri diselaraskan. Berbalik kepada fenomena ikan tamban tadi, ikan2 ini mungkin boleh dipengaruhi oleh frekuensi2 yang dimanipulasi disekeliling hingga dipengaruhi untuk ke darat . Sekiranya benar pendapat ini, dari sumber mana frekuensi ini datang ?? OK I should stop this so called 'theory' or else people might start to think i'm out of my mind ,hehehe Sebenarnya hal yang serupa pernah belaku beberapa kali di Mobile Baya , Teluk Alabama, Amerika Syarikat . Depa namakan fenomena ni sebagai Mobile Bay 'jubilee' bilamana beberapa spesis ikan laut dalam akan berenang berkumpulan ke pantai2 di Mobile Bay. Ahli marine biologi berpendapat fenomena ini berlaku kerana berlaku masalah penurunan kandungan oksigen secara mendadak di kawasan laut dalam memaksa hidupan ini ke bahagian berhampiran pantai yang mana kandungan oksigen dalam air lebih tinggi . "Except during jubilees the water inside the 2 meter contour along the eastern shore is well oxygenated. This shallow water extends several hundred meters offshore. During jubilees fishes present there are trapped between the shore and an advancing water mass low in dissolved oxygen; the water at the surface and very close to shore usually has enough oxygen to support them for the short duration of most jubilees." - Edwin B. MayApa pun untuk rujukan pembaca2 semua , kes ikan terdampar macam pun pernah di laporkan AP , kejadian berlaku di New York pada 26 Feb 2006 , berikut adalah artikel yang diperoleh dari Associate Press.. Thousands of Fish Beach Themselves in N.C. |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan