ads

Khamis, 30 Januari 2014

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


SPNB Akan Bina 2812 Unit Rumah Mampu Milik <b>Di</b> Kimanis, <b>Tuaran</b> <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 04:35 AM PST

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 2,812 unit rumah di bawah projek Rumah Mampu Milik (RMM) bermula tahun ini, di tiga lokasi di Sabah, kata pengerusinya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata kesemua projek bernilai RM350 juta berkenaan akan dilaksanakan di Kimanis, Tuaran dan Sandakan.

Abdul Latiff berkata sebanyak 832 unit apartment RMM akan dibina di Tuaran, 944 unit di Sandakan dan selebihnya, 1,036 di Kimanis.

"Di Kimanis pembinaannya mungkin akan lewat daripada yang dirancangkan memandangkan kawasan tersebut akan turut dibangunkan untuk menjadi sebuah bandar baharu Kimanis," katanya dalam sidang media sempena majlis penyerahan kunci RMM apartment Vista Minintod di sini Rabu.

Katanya SPNB juga bercadang menambah keluasan kawasan projek perumahan di Kimanis daripada 75 hektar kepada 150 hektar bagi menyokong pertumbuhan pembangunan Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di kawasan itu.

Mengenai projek RMM apartment Vista Minintod itu, yang melibatkan 1,174 unit dengan keluasan setiap unit antara 678 hingga 850 kaki persegi itu, Abdul Latiff berkata ia adalah projek ke-7 yang telah disiapkan SPNB di Sabah dan yang ke-35 di seluruh negara.

"Ia (apartment) ini merangkumi apartment kos sederhana empat tingkat, apartment kos sederhana rendah lima tingkat dan kedai satu tingkat," katanya.

Katanya SPNB mengambil masa 36 bulan untuk menyiapkan projek berkenaan dan telah pun memperoleh Sijil Layak Menduduki (SLM) pada 30 Dis tahun lalu.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor berkata kerajaan komited dalam menyediakan RMM bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah di Sabah bagi menangani masalah pembeli dalam kumpulan itu.

"Kerajaan sentiasa mengorak langkah proaktif ke arah membantu golongan yang memerlukan kemudahan yang selesa serta selamat untuk didiami," katanya dalam teks ucapannya yang dibacakan Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Zakaria Idris.

~bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved